Novel Cinta Karangan Tuhan

Adelicia Allya

Romance Series 3208
4.6
(11 ratings)

Synopsis

Sarah Alia Binti Kamil. Budak nerd yang tergilakan subjek ekonomi dan seangkatan dengannya. Rupanya selekeh dan dia tidak pandai bergaya. Tudung pun senget benget. Kaca mata pun besar dari mukanya. Karakternya mudah dibuli dan dikasari orang lain. Namun, siapa sangka budak nerd itulah penulis novel-novel cinta yang menjadi kegilaan semua orang. Dengan menggunakan nama penanya, Safia Kamil. Dia dapat melihat hampir setiap pelajar terutamanya perempuan menggelek novelnya kemana saja dalam kampus mahupun di kolej penginapan. Malahan, ada pensyarah pernah menangkap pelajar kursusnya yang membaca novelnya ketika kelas! Perpustakaan kampus pun turut melanggani novelnya yang kini dah macam belacan akibat dipinjam ramai pelajar! "Mereka tak boleh tahu siapa Safia Kamil sebenar yang hakikatnya tidak pernah bercinta pun!"- Sarah Alia. Ya! Dia nekad untuk tidak memberitahu sesiapapun tentang identiti Safia Kamil walaupun dia bangga dapat mengumpul royalti novel yang menguntungkan. Namun, panas tidak sampai kepetang. Hujan renyai-renyai turun ditengah hari. Pelajar lelaki paling hot kampus merangkap seniornya, Syed Saif terjumpa dengan draf novelnya yang tertinggal diatas loker perpustakaan. "Serius kau ni Safia Kamil? Hahahahaha!"-Syed Saif. Habis rahsianya terbongkar kepada Syed Saif yang nakal. Sejak itu, dia mulai mengusik Sarah Alia kemana saja mereka berjumpa. Lain masa pula, Syed Saif menolong dia dari menjadi mangsa buli pelajar universiti itu. Sarah Alia mulai jatuh cinta. "Aku takkan beritahu orang lain tentang identiti kau. Asalkan kau tolong aku dapatkan Nurhana, gadis idaman aku. Lagipun kau pandai tulis novel cinta."-Syed Saif. Habis hancur lebur impian Sarah Alia bersama hancurnya perasaan yang dipijak-pijak oleh Syed Saif. Namun kerana cintanya, dia sanggup menolong lelaki itu. "Ya Allah, kenapa begitu pahit novel cinta yang Kau karang untukku?"- Sarah Alia. Apakah yang akan terjadi antara Sarah Alia dan Syed Saif? Dapatkah Syed Saif memenangi hati Nurhana?


Share this novel

Rate this story


Comments

mano lilis
2021-11-06  1 Replies

Interesting story! I hope you can continue to write. May I know your social media?

Anis Insyirah
2021-10-12 

tajuk dia menarik!

#wee.Mar
2021-08-27 

sy suka jln citer nvl ni.^^ best sngt.? hrp ada chp bru><

Adelicia Allya

62 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience