ZARIEF ZAQUAN

NUR NANA

Romance Series 49049
5
(213 ratings)

Synopsis

• ROMANCE • DRAMA • ACTION • KILLER • _____________________________ { • THE MAFIA SERIES 2 } "Sure tak nak lepaskan saya begitu sahaja? Jangan sampai saya yang tak akan lepaskan awak sampai bila-bila!” CHRIS MARTINEZ - Seorang lelaki yang berwajah dingin dan berasal dari Italy. Pemurah dengan senyuman, tetapi hanya orang tertentu sahaja yang dapat melihat senyuman manisnya itu. Punya aura penuh misteri. Di balik wajah beku dan mata dinginnya itu, tersimpan satu rahsia. Sesuatu yang gelap dan juga bahaya! Bukan sembarangan orang kalau dah bekas samseng pun tunduk hormat kepadanya. Apatah lagi lelaki itu sendiri pernah memberi amaran padanya. Cinta? Baginya itu hanya permainan. Dia langsung tidak mengenali cinta dan tidak tahu apa itu cinta. Namun, apabila dia dikenalkan dengan seorang gadis yang sungguh cantik dan berjaya buat dia tertarik pada gadis tersebut. "Jangan bandingkan diri awak dengan orang lain. Tak semestinya semua orang yang berada di atas muka bumi ini baik-baik orangnya. Ada syaitan yang bertopengkan manusia. Awak sungguh baik, Chris. Jangan bandingkan diri awak dengan orang lain. Tapi, kenapa awak selalu cakap awak tu jahat?” - Bella Brianna BELLA BRIANNA - Gadis cantik tetapi berwajah polos. Suka tersenyum manis tetapi kalau bab-bab bertikam lidah memang dia lah orangnya. Dia juga seorang penari ballet dan aktif dalam sukan gymnastic. Sulit untuk berpasangan atau hendak berkawan dengan lelaki lain. Dijaga oleh ayah sehingga dia sudah besar tanpa seorang ibu di sisi. Masih bingung dan tertanya-tanya, ke mana ibunya pergi sewaktu dia kecil? Ditanya ayah, ayah langsung tidak menjawab malah soalannya tergantung begitu sahaja. Sangka Bella, ibunya sudah lama meninggal dunia tapi dia yakin ibu masih ada. Pada suatu hari, tanpa diduga dia sudah terlanggar dengan seorang lelaki. Bertikam lidah dan bertemu kali kedua tetap bertikam lidah kerana tidak puas hati. Tetapi dia kalah. Entah kenapa, hatinya tertarik dengan seorang lelaki yang sudah berjaya mencuri hatinya. Bermula lah dari situ. Pertemuan yang tak diduga antara mereka berdua. Tapi, kisah mereka tidak tamat di situ malah dugaan yang melanda mereka berdua buatkan Bella Brianna semakin berjauhan dengan orang tersayang. Tanpa dia tahu, Chris Martinez telah menyembunyikan sesuatu rahsia darinya. Dapatkah Bella pecahkan rahsia itu? Dapatkah gadis itu tahu rahsia yang disimpan rapi oleh Chris selama ini? Dan, apabila rahsia yang di simpan rapi oleh Chris itu terbongkar dan Bella dapat tahu segala-galanya yang telah dirahsiakan oleh Chris selama ini, bolehkah dia terima lelaki itu atau dia akan kecewa dan mula berjauhan dengan lelaki itu? Ujian daripada Allah buatkan dia melutut ke tanah. Air mata tidak henti-henti mengalir saat menjalani ujian demi ujian. Adakah dia kuat untuk menjalani ujian daripada Allah? Atau dia akan terus terjatuh buat selama-lamanya dan orang yang dia sayang akan pergi selamanya tanpa di sisinya? Mampukah Bella bertahan dengan semua ini? ____________________________ * IDEA 100% DARIPADA SAYA! * SIAPA YANG PLAGIAT AKU HANTAR SANTAU! :) * WARNING : MATURE CONTENT! ( HANYA BACAAN DEWASA 18+ ) * ABAIKAN TYPO DAN KESALAHAN GRAMMAR * START : 1/5 * END : - * COVER DARIPADA SAYA SENDIRI. SORRY KALAU TAK LAWA, SEBAB SAYA TAK PANDAI EDIT COVER HIHIHI! { SELAMAT MEMBACA! }


Share this novel

Rate this story


Comments

Zubaidah
2025-01-27 

update plisssss

Zubaidah
2024-05-01 

selamat Hari Raya...

Zubaidah
2024-02-03 

muncullah muncullah....

NUR NANA

220 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience