Kisah yang mengisahkan Orked Sofea seorang gadis lepasan spm yang masih menunggu tawaran untuk sambung belajar di universiti berhampiran rumahnya.Namun tanpa di sangka takdir telah menemukan dia dengan si jejaka. "Mama rasa sementara tunggu keputusan spm keluar, apa kata kamu kerja dengan anak makcik Yasmin. Tak silap Mama anak lelakinya itu sedang mencari pengasuh bayi."Ujar Puan Rosnah sambil ligat menghidangkan bihun goreng ke dalam pinggan anak gadisnya itu. Pada mulanya Orked Sofea menganggap jejaka itu tidak lebih dari seorang majikan padanya..Ah biasalah pada mulanya memang begitu namun lama kelamaan jauh disudut hatinya dia mula menyimpan perasan pada jejaka yang dahulunya di anggap tidak lebih dari majikan. "Aku nak lamar kau jadi isteri aku, kau sudi?" -Iman Izraf- Terlopong mulutnya saat mendengar apa yang diutarakan oleh jejaka itu.Tidak sangka dirinya dilamar. Sungguh saat inilah yang selalu dia mimpikan. Tanpa berfikir panjang Orked Sofea langsung menerima lamaran tersebut, sangkaannya perkahwinan mereka berdua bermula dengan atas dasar cinta tapi rupa-rupanya tidak. Suatu hari sebaik sahaja pulang dari pusat membeli belah, langkah kakinya mula longlai apabila tombol pintu rumah mereka dibuka..Matanya membulat besar melihat dua figura manusia yang asyik bercumbu dengan desahan yang menggila. Kecewa! Ya dirinya sangat dihurung rasa kecewa. Orked Sofea terduduk lemah dihadapan muka pintu menyaksikan suaminya yang asyik bercumbu dengan seorang gadis yang tidak pernah dilihat sebelum ini. "Aku terpaksa jujur dengan kau, ini Inara bekas isteri aku.Aku gunakan kau atau lebih tepat aku kahwin dengan kau atas sebab untuk kau jaga anak aku dan untuk aku move on dari bekas isteri aku itu sahaja. Sekarang aku dah sedar aku perlukan Inara dan bukan kau. Aku memang tak cintakan kau selama kita kawin beberapa bulan ni. Kau dah boleh kemas barang-barang kau." -Iman Izraf- Semenjak peristiwa hitam itu berlaku Orked Sofea langsung membawa dirinya mencari kedamaian. Kehilangan Orked Sofea membuatkan Iman Izraf sedar bahawa dia telah salah dalam menilai dan membuat keputusan. Apakah masih ada peluang kedua buat Iman Izraf? Dapatkah dia menebus kesilapannya dahulu? "Aku cintakan kau Sofea, sangat-sangat cintakan kau." -Iman Izraf- "Hanya aku Sofea, hanya aku Muhd Iman Izraf yang bergelar suami kau." -Iman Izraf- "Biar lama manapun masa untuk kau maafkan aku, aku tetap akan ada disamping kau.Aku takkan kehilangan cinta aku sekali lagi." -Iman Izraf- "Bahagia yang sarat dengan duka," -Orked Sofea- ©All storylines or ideas contained in this story are from me personally.You are not allowed to copy anything in terms of ideas or storylines thank you! Warning! 18+readers
Update 06 December 2024
2024-08-01
sambung lagi
2024-07-17
up lgi
2024-05-05
sambung lagi