Cinta dari Indera Aurora

Nana Riana

Fantasy Completed 18460
5
(175 ratings)

Synopsis

#Fantasi #cinta #duadunia #sweet #traveltime TERDAMPAR di sebuah tempat asing dan terperangkap di dalam tubuh seorang gadis bernama SERI MAWAR yang berumur 22 tahun. NAURA ATHIFA, 24 tahun terpaksa mengambil alih tubuh gadis muda itu. Banyak cara yang digunakan olehnya untuk keluar dan kembali ke tempat asalnya, namun, semuanya gagal. KOTA INDERA AURORA, bukanlah tempat yang senang untuk dia melarikan diri kerana dia dikenali ramai orang. Mahu atau tidak, dia terpaksa mengharungi hari-harinya sebagai Seri Mawar dan dibantu oleh SURI, adik kepada Seri Mawar. Sepanjang dia menjalani kehidupan sebagai Seri Mawar, dia didatangi oleh tiga orang lelaki. TENGKU RYAN ARJUNA, lelaki yang pada mulanya tidak menyukai Seri Mawar kini membuka hati untuk gadis itu. TENGKU RAYYAN REHAN, sepupu kepada Tengku Ryan Arjuna yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Seri Mawar. ESMAIL atau dikenali sebagai MAIL adalah kekasih hati Seri Mawar. Semakin hari semakin sukar untuk Naura Athifa membuat keputusan. Segala masalah yang dihadapi oleh Seri Mawar terpaksa dia selesaikan. Soal hati adalah masalah yang paling besar bagi dirinya. Mujurlah, ada seseorang yang datang membantunya bila dia perlu dan mereka juga mempunyai tujuan yang sama iaitu kembali ke tempat asal. AIZ HAFIZI yang bertukar jiwa dengan seorang lelaki dari KOTA AGIS, RADIN itu tahu tentang semua perkara yang berlaku. Namun, bukan mudah untuk dia menolong temannya kerana dia juga mempunyai masalah besar. Mereka berdua melalui rintangan yang sukar untuk kembali ke tempat asal.


Share this novel

Rate this story


Comments

DHIA AMIRA
2023-07-28 

best , ada msa sambunglah .. btw tumpg promo jugk jika ada readrs kat sini sudi singgh ke karya saya btajuk renjana saryleyla dan sahmura

Mieza Mieza
2022-01-09 

author plsss buat sambungan citer ni..

Nana Riana

791 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience