"Saya akan dermakan sum sum tulang saya pada Kak Rina, dengan syarat tunangnya mesti kahwin dengan saya." -Irdina Shofiya- "Aku kahwin dengan kau sebab aku sayangkan Rina. Jangan mimpi kau akan hidup bahagia dengan aku." -Zahrin Asyraf "Atas kertas, mungkin nama kau sebagai isteri dia. Tapi dalam hati dia cuma ada aku." -Adrina- "Perangai keji kau tak ubah seperti ibu kau dulu." -Kamariah- Dia lahir dari wanita yang menjadi isteri kedua. Diabaikan setelah si ayah memilih untuk bersama isteri pertama dan menceraikan ibunya. Dia membesar dengan menyimpan dendam, bukan hanya kepada sosok ayah, tetapi juga kepada isteri pertama si ayah dan juga kakaknya dari isteri pertama itu. Tekadnya, dia akan membalas semua perbuatan ayahnya yang membuat dia dan ibunya menderita. Biar semua orang menganggapnya jahat, dia tidak peduli. Matlamatnya cuma satu. Melunaskan dendam. Dibekukan hati dan perasaannya demi matlamat itu. Tidak ada sesiapa yang mampu menahannya termasuk seseorang dari masa lalunya iaitu Zahran, abang kembar Zahrin. Bukan dia tidak mempertimbangkan itu saat memutuskan menikahi Zahrin, tetapi dendam yang membelenggu menutup akal warasnya. "Balas dendam tu ibarat kita membaling kaca ke dinding. Dinding tak retak, tapi tangan kita yang terluka bila kita cuba kutip serpihan kaca tu.” -Zahran- Dendam mesti dilunaskan supaya segala penderitaan dia dan ibunya terbayar. Namun siapa sangka dendam yang menyala itu akhirnya membakar dirinya sendiri.
View All Chapters (Total 62 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-12-04 1 Replies
Saya dah topup rm4.90 tp tersangkut tak berjaya. Kat akaun dah buat pemotongan. Bila nak topup lagi tak boleh dia suruh tunggu sehingga yang dah topup tu berjaya. Saya tak pandai nak cari kt apps. Tolong lah saya
2024-11-06
heart yang tahu Allah
2024-11-03
Done marathon citer nie lagi.. x tau nak kabo lagu mana kita punya obses kat novel nie.. love sgt jln cerita, watak2 dlm cerita nie.. ada turun naik bikin hati pembaca pelbagai rasa.. beri byk pengajaran dan byk ilmu utk kita renung2kan.. MB..dulu, kini dan selamanya bertapak dihati akk.. Zahrin Ashraf vs Irdina Shofiya.. muahhh