Jangan Benci Cintaku

Fiona

Romance Series 39083
4.8
(219 ratings)

Synopsis

[ 70 BAB ] [ Complete! ] ////// Cinta berputik di dalam hati seorang gadis yang bernama Syazwani Maisarah bersama orang yang mempunyai rasa cinta padanya juga. Wani mula menyimpan perasaan terhadap seorang jejaka yang juga menyimpan perasaan terhadapnya iaitu insan yang bernama Wafiy Aiman anak sulong kepada ketua kampung yang mempunyai wawasan dan cita-cita yang tinggi. Hari demi hari yang dilalui oleh gadis itu bersama suaminya di sisi bagaikan indah-indah belaka. Tetapi indahkah hari yang seterusnya dilalui oleh gadis itu? Hafiq rakan baik kepada gadis yang bernama Syazwani Maisarah mula menyimpan hasad dengki di dalam hatinya apabila mengetahui Wani mula menjalinkan hubungan dengan Wafiy dan sudah dikhabarkan gadis itu berkahwin dengan lelaki itu, makin membara jiwanya mendengar pemberitaan tentang itu. Hari yang ditunggu-tunggu oleh Hafiq akhirnya tercapai juga apabila dia mula meletakkan sesuatu di dalam ramuan minuman Wani sehingga gadis itu terminum ramuan air yang diberi oleh Hafiq. "Aku ingatkan kau ni perempuan jenis yang baik baik tapi perangai kau saling tak tumpah dengan perangai pelacur!" Jerkah Wafiy ditempat itu. Wani terduduk sayu sambil menggeleng kepala laju. "Sumpah, sayang tak buat semua ni abang!! Sayang tak tahu kenapa sayang boleh ada dekat sini dengan Hafiq" Rintih Wani. Bermulalah neraka Wani yang dicipta oleh lelaki itu. Semua tomahan, cacian dan hinaan diterima oleh gadis itu bulat-bulat. Tak terlintas dalam hati sayang untuk menduakan abang.. Tak terlintas pun di dalam hati sayang untuk berkasih dengan lelaki lain.. "Saya mengandung dan ini anak awak Wafiy" Tutur Wani berlembut "Kau fikir aku ni bodoh?! Tu bukan anak aku kan! Tapi kau sengaja nak buat aku ni kambing hitam kau untuk tutup kesilapan kau yang lalu kan?! Kau dengar sini baik-baik kau gugurkan anak ini kalau kau rasa nak stay lama dengan aku dalam rumah ni kalau kau rasa kau tak nak gugurkan anak ni kau boleh berambus keluar dalam rumah ni sebab aku tak nak anak haram dalam perut kau tu! I give you time" "Tapi ini memang anak awak Wafiy...Tolong percaya cakap saya kali ni.. Jangan buat saya macam ni saya takkan gugurkan anak ni sama sekali! mati hidup balik TIDAK AKAN!" Balas Wani dengan esakan kecil. Mampukah Wani menerima semua ini ditambah pula ibu kandungnya mula membencinya. Kemana hala tuju gadis itu seterusnya? Selama ini dia cukup disayangi oleh ibunya sendiri tetapi semuanya berubah dengan sekelip mata apabila Puan Laila tidak mengaku Wani anaknya lagi. Sungguh perit penderitaan yang dijalani oleh gadis itu. Tapi dia kena sedar yang dia perlu bangkit demi anak perempuannya itu Biarlah papamu membencimu anakku mama janji mama akan selalu ada di sisi mu.. kita mulakan hidup baru berdua di tempat lain, tiada orang ganggu kita terutama sekali Wafiy Aiman!


Share this novel

Rate this story


Comments

Bushro Mohammad
2021-07-07  1 Replies

happy ending..yeayyy... semoga sis terus berkarya dn menghasilkn karya2 yg menarik akn dtg..

izza73
2021-07-07  1 Replies

terima kasih update hingga tamat.rushing baca tapi seronok kerana happy ending yg baik.tahniah pink smile.

juliana1977
2021-07-07  1 Replies

memaafkan walaupun payah namun ketenangan pasti ada

Fiona

176 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience