Diari Cinta Kita

Shin

Romance Series 1080
5
(1 ratings)

Synopsis

Mariana,seorang gadis yatim piatu yang hanya mampu menumpang kasih sayang Salmah,ibu saudaranya alias ibu angkatnya. Dia bukan seperti gadis-gadis lain yang mempunyai kisah hidup yang gembira bersama yang tersayang. Perkenalannya dengan Fuad,duda anak satu mengenalkan dia erti bahagia dan erti sebenar cinta. Siapa sangka,lelaki yang dianggapnya sebagai pak cik miang itu rupa-rupanya mengajar Mariana satu sisi kehidupan baharu yang dia tak pernah terokainya? Fuad,jejaka idaman Malaya yang menduda sehingga 20 tahun,kerana kekhilafannya di masa lalu. Menjadi sang ayah kepada seorang anak lelaki yang panas baran dan degil,Fuad menjaga anaknya sebaik mungkin sehingga menyebabkan dia malas nak bercinta sekali lagi. Namun,kehadiran Mariana telah meruntuhkan jeriji besi yang memenjarakan hati Fuad daripada merasai cinta buat kali kedua. Firash,lelaki yang dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu. Kalbunya meraung-raung inginkan seorang ibu yang mampu memahami hati batunya. Hanya nenek dan atuknya tempat dia meraih apa yang dia impikan bersama ibunya. Tanpa dia ketahui,kedua-dua orang tersayang Firash itulah juga yang menyebabkan Fuad dan Firash merana. Di kala Fuad dan Mariana menyulam cinta bersama di sebalik tirai persahabatan mereka,mereka sedar mereka adalah Romeo dan Juliet versi moden setelah terungkai asal usul sebenar Mariana. Kerana sebuah dendam lama dan kasih sayang seorang ayah kepada anak,Fuad mengorbankan cintanya kepada Mariana demi mengembalikan Firash ke pangkuannya,lagi-lagi Firash juga mencintai Mariana. Mariana yang terlalu menyayangi Fuad,menerima itu semua demi keagungan cintanya kepada jejaka tampan itu walakin dia tak pernah cintakan Firash sedikitpun. Bagaimanakah kisah cinta Romeo dan Juliet versi moden itu bakal berlayar di lautan asmara? Adakah sinar bahagia akan menanti untuk mereka meskipun satu dunia menentang cinta mereka ataupun sebaliknya?


Share this novel

Rate this story


Comments

anggerik desa
2021-10-10 

Donated 200 nCoins

anggerik desa
2021-10-10 

x update ke shin

Shin

27 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience