RINDU SEORANG PELAJAR

SYUHADAH GHAZALI

True Story Completed 942
5
(4 ratings)

Synopsis

Bermulalah cerita,ketika aku masih dibangku sekolah rendah.ketika itu aku masih berusia 12 tahun(darjah 6)aku mengenali ramai orang guru,termasuklah cg sejarah. Mula-mula aku melihat air mukanya seolah-olah Dia seorang guru yang garang tapi ternyata setelah beberapa bulan belajar dengan dia baru aku ketahui dia seorang guru yang suka membuat lawak.aku berasa amat gembira mengenali beliau. Hari berlalu begitu cepat,sudah masanya untuk aku beralih ke sekolah menengah,tetapi apa kan daya baru beberapa bulan masuk sekolah menengah aku terpaksa berlajar di rumah berikutan wabak yang melanda dunia ketika itu. Walaupun aku sudah bersekolah menengah, tidak pernah hilang rasa rindu pada cg sekolah rendah.walau macam mana pon aku busy buat kerja sekolah dan masuk kelas online aku tidak pernah lupa menayakan khabar cg² sekolah rendah. HARI² BERLALU SEHINGGALAH AKU F2 Semasa aku berada di tingkatan 2 hari berlalu seperti biasa.sehinggalah pada 15 ogos 2021,aku mendapat berita duka bahawa seorang guru yang mengajar aku ketika dibangku sekolah rendah pergi buat selama-lamanya. Hanya allah sahaja yang tahu perasaan aku ketika itu. Walaupun aku tiada pertalian darah dengan beliau tetapi aku amat sedih kerna aku kehilangan seseorang yang mengeluarkan aku daripada penjara kebodohan.beliau seorang guru yang amat baik,panyayang,sporting dan seorang guru yang suka membuat lawak jenaka.aku mengenali beliau hanya 2 tahun,begitu singkat tetapi masa yang singkat itu lah mencipta begitu banyak kenangan. Aku seolah-olah tidak percaya yang dia sudah pergi dan tak akan pernah kembali.aku rindu sangat dekat dia.Semoga dikau tenang di sana wahai pahlawan tanpa tanda jasa


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

SYUHADAH GHAZALI

2 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience