Cinta Aku Seadanya

Alin Alia

Romance Completed 721054
5
(9643 ratings)

Synopsis

Atilia seorang anak Dato', tetapi langsung tidak pandai bergaya. Dia lebih suka hidup secara sederhana, walaupun dia mempunyai segala-galanya. Percintaannya dengan Irfan, tidak bertahan lama, apabila kekasihnya curang dengan kakak tirinya sendiri, iaitu Yasmin. Seth Zarif seorang ahli perniagaan yang berjaya, telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya, sewaktu dia dalam perjalanan mahu mengambil tunangnya, yang baru pulang dari luar negara. Akan tetapi nyawanya panjang, setelah diselamatkan oleh Dato’ Bahar, iaitu bapa kepada Atilia. Malangnya akibat kemalangan itu, Seth Zarif mengalami lumpuh kedua-dua kakinya. Dan disebabkan itu juga, tunang Seth Zarif telah memutuskan pertunangan mereka berdua. Tiga tahun kemudian, perniagaan Dato’ Bahar hampir lingkup, dan dia memerlukan wang satu juta untuk membayar hutangnya. Tak disangka, dia terserempak semula dengan Seth Zarif, sewaktu dia cuba membuat pinjaman wang di bank. Setelah menceritakan keadaannya kepada Seth Zarif, akhirnya Seth Zarif dengan berbesar hati mahu membantu Dato’ Bahar dengan memberikan cek sebanyak satu juta kepadanya. Dato’ Bahar pula dengan tiba-tiba sahaja berjanji untuk mengahwinkan Seth Zarif dengan anak tirinya Yasmin. Ini kerana dia tidak mahu mengambil wang dari Seth Zarif secara percuma. Tetapi apakan daya, Yasmin pula tidak bersetuju untuk menerima Seth Zarif sebagai suaminya, hanya kerana lelaki itu lumpuh. Lebih-lebih lagi, dia kini sedang hangat bercinta dengan Irfan. Akhirnya Atilia dengan rela hati, sudi menjadi isteri kepada Seth Zarif, kerana mahu keluar dari kediamannya, dan juga mahu menjauhkan dirinya daripada ibu dan kakak tirinya. “Lia tak kisahkan kalau kita tak sebilik sekali? Abang malu dengan keadaan abang macam ni. Hanya duduk di atas kerusi roda sahaja.” - Seth Zarif “Tak apa abang. Abang ambillah berapa banyak masa yang abang nak. Lia faham dengan keadaan abang.” - Atilia Bagaimanakah hubungan rumahtangga mereka berdua? Adakah akan bahagia? Dan adakah Seth Zarif dapat berjalan seperti sediakala? - Warning! Mengandungi bacaan dewasa.- P/S : Plagiarism is forbidden!


Share this novel

Rate this story


Comments

nurulhanie
2024-03-02 

Assalamualaikum jemput baca cerita terbaru saya Engkau Jodohku...tq

Lott Nor'asyiqin
2024-03-01 

Donated 400 nCoins

lia
2024-02-19 

Donated 200 nCoins

Alin Alia

7265 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience