Lost in Fiction

Fatih Tieha

Fantasy Completed 30746
4.9
(16 ratings)

Synopsis

Kerana kisah silamnya terhadap orang kaya, dia membenci golongan kayangan itu. Kerana marahnya dengan golongan itu, dia ingin membalas dendam. Tapi, siapalah dia seorang insan kerdil yang tak punya apa-apa. Oleh kerana itu, Eva Aurora melempiaskan kemarahannya di dalam novel tulisannya. Bencinya dengan golongan itu, membuatkan dia mencipta watak golongan itu sebagai watak antagonis dalam setiap karyanya dan pengakhiran watak itu sudah semestinya tragis. Tetapi sesuatu telah berlaku antara dia sebagai penulis dan juga watak fantasinya itu. Irvan merupakan watak antagonis yang diciptanya. Watak yang para pembaca katakan tidak layak jadi watak antagonis. Dan watak itu terus muncul dalam hidup Eva Aurora menuntut haknya untuk ditukarkan menjadi watak yang lebih baik. Pengembaraan Eva Aurora di dalam dunia novelnya, membuang tanggapan buruknya terhadap golongan bangsawan itu. Layanan Irvan terhadap dirinya juga menyebabkan dia terus berharap akan tinggal di dalam dunia fantasinya itu. Tapi, fantasi dan realiti takkan bersatu. Dia pulang semula ke dunia realiti di waktu dia sedang berseronok menikmati kehidupannya di sana. Kemunculan Izz Zaleeq berwajah persis Irvan buatkan hati Eva Aurora diusik kerinduan. Dia cuba mendekati lelaki itu berharap rasa rindunya hilang dan untuk memastikan keselamatan lelaki itu. Namun dia tahu, dia tidak akan dapat memiliki Izz Zaleeq seperti dia memiliki Irvan. Izz Zaleeq seorang lelaki yang penuh misteri. Ada rahsia yang disimpannya dan apa hubungan sebenar diantara mereka berdua? Kita tak boleh bersama sebab dunia kita berbeza! - Irvan. Kalau dulu dunia kita berbeza, tapi sekarang darjat kita yang berbeza. - Eva Aurora. Antara kita memang ada sesuatu. Sesuatu yang tak logik dek akal! - Izz Zaleeq. Adakah realiti dan fantasi akan bertemu juga? Ikuti kisah pengembaraan antara realiti dan fantasi di dalam lost in fiction.


Share this novel

Rate this story


Comments

MS Fahmi
2024-01-28 

mohon suport saya sebagai penulis baru. singgah baca novel pertama saya 'hati hutan'

MandakZ
2023-09-30  2 Replies

Kemonnn, usaha tngga kejayaan. dongibab Eva!

WiNWiN
2023-09-17  1 Replies

siapakah you sesat itu...omomooo...

Fatih Tieha

872 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience