Ingin saja dia berputus asa. Tapi, apabila memikirkan kesakitan yang dihadiakan oleh Hareez dan kesungguhan Zafran menunggu dirinya selama ini, cepat-cepat dia batalkankeputusan itu. Hareez pun satu hal. Entah mana hilangnya. Cakap sebaik saja mereka tiba di Malaysia, pekara pertama yang ingin lakukan ialah selesaikan masalah mereka berdua. Penceraian. Tapi, sehingga hari ni tiada sebarang tindakan daripada lelaki itu. Mana pergi entah mamat itu. Ditelan bumi agaknya. Dia bukannya tidak sabar untuk bercerai. Dia setuju dengan keputusan Hareez pun sebab dia langsung tidak nampak sinar kebahagiaan dan cinta dengan Hareez. Memang dia mahu teruskan perkahwinannya ini. Tapi, kalau suaminya sudah tidak sayangkan dia lagi, buat apa dia terhegeh-hegeh dengan lelaki itu. Buang masa dan tenaga.
View All Chapters (Total 16 Chapter)
Update 07 March 2018
2017-11-02
best sangat...sambung please...
2017-09-04
best... sambungan plzzzz
2017-03-19
wth...... why ending dia Macam tu????