- - - "Kita adalah kawan dan rakan sepatutnya menolong antara satu sama lain bukan?" Razyle atau nama sebenarnya adalah Razor yang hilang memori selama 14 tahun. Tiga tahun sudah berlalu semenjak peperangan yang besar dan dasyat tercetus, setelah 17 tahun, memorinya sedikit demi sedikit mula kembali. Tanpa disangka Leon yang mereka sangka telah mati kini kembali dan menjadi musuh utama mereka. Paling mengejutkan adalah dia mempunyai seorang anak lelaki yang masih kecil namun dia selalu berasa takut dengannya kerana kadang kala dia seolah tidak dapat mengawal diri dan memukul anaknya. Dia tidak pernah berasa marah mahupun menyimpan dendam atas apa yang dia lakukan, kerana dia tahu 'sumpahan' itu yang mengawal dirinya. Razyle yang secara tidak sengaja terjumpa anaknya di dalam hutan mula merancang untuk kembali kan Leon kepada dirinya semula, dalam perjalanan, dia bertembung pula dengan Kyle dan lima lagi rakannya. Namun semua perancangannya hanyalah sia-sia sahaja. "Aku mengembara semata-mata untuk mencari memori aku."- Razyle "Kenapa Reiz? Kenapa?! Aku hanya syaitan yang bertopeng kan manusia!"- Key "Kami kawan kau Razyle. Kitorang akan sokong kau tak kira apa jadi."- Cattlyne "Key. Leon dah amanahkan aku untuk jaga kau. Tak kira apa yang berlaku, aku akan lindungi kau Key."- Reiz
Update 06 December 2024
2022-05-06
Assalamualaikum maaf mengganggu jemput baca novel pertama saya 'Dengki halal' tq....
2020-10-31
Sambung lah lagi cite ni
2020-08-07
#Bagi yang nak sambungan Guardian series check profile saya