“DUA belas minit lagi” Adam memberitahu Yana selepas memandang jam tangannya sekilas. Dia menarik Yana untuk duduk disisinya. Selepas penerbangan dari Kuala Lumpur selama tujuh jam, mereka terus sahaja check in ke Armani Hotel yang telah ditempah oleh Adam. Yana menurut sahaja. Lantas, Adam melabuhkan lengannya pada pinggang Yana. “Apa yang dalam dua belas minit lagi?” soal Yana pula. Dia suka apabila Adam melabuhkan lengannya pada pinggangnya. Dia berasa selamat dan gerak-geri Adam seolah-olah memberitahu dunia bahawa ‘this is my girl, don’t dare to touch her’. Yana senyum sendiri membuat anggapan sedemikian. “Kena tunggu dua belas minit lagilah kalau nak tahu apa benda tu” Yana mengeluarkan muncungnya. Adam cepat sahaja mengepit muncung Yana. Yana berteriak sambil memukul-mukul lengan Adam. Adam hanya ketawa kuat, kakinya ditendang-tendang di atas lantai. “Suka sangat jadi itik, kan?” Adam berkata dalam ketawa yang masih bersisa.
Update 06 December 2024
2023-08-16
Best lah cerita ni… bagi 5 bintang
2022-01-25
terbaik la cerita ni
2021-03-11
Hi jemput baca novel Bulan Berseri juga,Princess! Tq