TURUN NAIK

AJIB

Horror & Thriller Completed 1246
4.8
(8 ratings)

Synopsis

“Kau hati-hati dan berpada sikit tegur orang, nak-nak lagi di waktu Maghrib ni. kadang kita tak yang kita tegur tu manusia ke jembalang. Sudah kau baca apa yang patut hilangkan rasa takut kau tu. Dah pucat dah aku tengok kau tu,’’saran Khalid pada Salman yang tercengang dan terpinga-pinga di hadapannya.


Share this novel

Rate this story


Comments

LIZLI V.
2019-09-03 

Bab 64 “Abang. Saya nak cari Istina kat bandar tu boleh tak?”. Rayu Mak Misah terhadap suaminya Pak Jalal. “Kenapa ni Misah. Saya sudah pasti hati yang Istina itu sudah punah untuk kita berdua.”. Tegas Pak Jalal. Istina dianggapnya sudah tidak peduli akan mereka berdua lagi. “Kenapa abang cakap macam tu bang. Misah rasa Istina masih nak kan kita lah bang.”. Mak Misah tetap berdegil. Ia tetap memahatkan hatinya itu untuk mencari kedudukan keberadaan Istina sekarang. “Sudah lah tu Misah. Bandar ni besar. Belum tentu kita akan dapat cari Istina lagi.”. Rungut Pak Jalan. Rasa tidak terjamin untuk Mak Misah ke bandar itu tidak diyakinnya. “Saya tak kira bang. Saya tetap akan cari Istina tu sampai dapat.”. Sahut Mak Misah. Ia sangat berdegil. Nasihat dari suaminya itu diendahkan sahaja. Hatinya tetap dengan pemikirannya. Tidak kah ia tahu di bandar yang ingin ditujunya itu berbahaya. “Kalau itu mahu kamu, biar abang yang nanti cari Istina. Kamu tolong duduk kat rumah ni..”. Pak Jalal tidak sampai hati melihat isternya merayu sehingga matanya berubah menjadi merah. Lagipun, ia tidak seharusnya membiarkan Mak Misah bersendirian mencari Istina itu seorang diri. Sebagai suami harus menjaga isterinya dengan baik. “Misah nak ikut juga.”. Bantah Mak Misah dengan keputusan suaminya itu. “Kamu tak payah ikut ya. Lagipun saya ni nak cari kerja kat bandar tu. Saya kesian tengok Fahmi tu, tiap hari bagi kita duit. Kite kena bersyukur sebab Fahmi da bagi kita duduk kat aprtment ni. Siap dia pulak yang nak kena bayar semua bil ni.”. Jelas Pak Jalal. Ia seperti mahu membebankan kos perbelanjaan anaknya itu. Lagipun Pak Jalal belum kelihatan tua lagi. “Kalau macam tu bang, Misah ikut je lah. Tapi saya nak abang cari Istina kat luar tu ye. Cari sampai dapat. Saya rela tunggu.”. Kedegilan yang melanda di hati Mak Misah sudah terhenti. Kata suaminya itu, diturutinya. Ia tidak mahu masalah ini boleh mengakibatkan gaduh besar dengan suaminya itu. “Ye abang janji ye”. Kata Pak Jalal. Ia berjanji kepada Mak Misah untuk menunaikan janjinya itu kepada isterinya. Selam ia berkahwin dengan Mak Misah semua permintaan ditunaikan oleh Pak Jalal. Ia sangat faham dengan tingkah ego terhadap isternya itu. “Ok bang. Oh ye tak ye. Kebun abang yang ada kat kampung tu macam mana?”. Soal Mak Misah mengenai kebun milik suaminya itu pulak. “Pasal kebun tu Misah, abang da tak peduli. Lagipun tanah tu milik si Ghaadi. Tak tahu apa nak kata. Kalau saya nak marah si Ghaadi tu pun, tak de hak. Sebab da sah-sah tanah tu miliknya. Saya pun hairan sanggup si Ghaadi tu jual. “Oh macam tu bang. Kenapa lah si Ghadi tu berniat nak jual tanah die kat kampung ye. Die tak fikir ke kalau die jual tanah die tu, hidup penduduk akan susah. Da lah si Leman ngan Hamdan tu da tak de rumah. Duduk mana lah agaknya mereka nanti”. Luah Mak Misah. “Tak pe lah Misah. Saya pun tak tahu semua ni. Harap sahaja si Ghaadi itu dapat balahnya nanti.”. Luluh suara Pak Jalal. Hatinya telah ranap selepas mempercayai segala kata Pak Gahaadi itu. Lagi pula Pak Ghaadi itu sudah rumpun keluarganya, teganya perkara ini tidak dibincangkan dengannya terlebih dahulu. “Abang rasa kenpa si Suraya tu tak halang si Ghaadi tu ye. Siap setuju lagi dengan tindakan suaminya tu. Ke tak pelik. Baik sungguhnya si Suraya tu bang.”. Fikir seketika Mak Misah. Ia terkejut mengapa Mak Suraya tidak membantah tindakan Pak Ghaadi itu. “Itu kan lakinya. Memang lah die kena setuju je. Kamu tak perlu fikir ni lagi ye. Tak pe hidup kita macam ni pun kiramok je lah ye. Syukur. Allah tu ada. Kita tetap berdoa sahaja.”. Pak Jalal mahu memberhentikan cerita isterinya itu. Cukup sahaja nasihat yang diberikan itu didengari oleh Mak Misah.

LIZLI V.
2019-09-03 

Best

NINA
2018-09-18 

NINA

AJIB

15515 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience