MR HOT MY HUSBAND

INTAN

Romance Series 9160
4.9
(18 ratings)

Synopsis

"Awak ni dah gila ke apa? saya pun tak ingin lah nak kahwin dengan awak ni.Sudahlah perangai macam singa,muka pula macam burung belatuk.Memang malang sungguh!_Lyan "Eh, sekali aku petik jari,berduyung perempuan yang datang tahu.Kau patutnya berterima kasih kepada aku sebab jadikan kau bini aku._Tengku Aqif Wildan Siapa sangka lelaki yang mahu dijodohkan dengannya adalah lelaki yang pernah menendang tayar keretanya.Lyan terpaksa menerima lamaran Tan Sri Tengku Syafiq demi papanya yang mahu melihat dia berkahwin sebelum menutup mata. Di awal perkahwinan,Tengku Aqif Wildan sudah menetapkan beberapa syarat kepada Lyan.Apabila Lyan melawan, pandai pula dia mematahkan setiap kata-katanya. "Aku baru saja nak tag nama kau untuk share kata-kata Ustaz Azhar Idrus ni.Nabi sebut dalam hadis, makruh seorang suami tidur keseorangan tanpa isterinya.Nak pahala senang saja.Peluk bini pun dah dapat pahala tau.Jadi mulai malam ni,bila tidur malam aku nak peluk kau."_Tengku Aqif Wildan Sikap Tengku Aqif Wildan yang menjengkelkan membuatkan Lyan benar-benar sakit hati.Tetapi,bila lelaki itu tiba-tiba meroyan,dia mula pening kepala untuk melayan. Kehadiran Adam secara tiba-tiba membuatkan Tengku Aqif Wildan dilanda cemburu.Dalam diam dia sudah mula jatuh sayang kepada Lyan.Namun sikap Adam yang ala-ala ustaz itu membuatkan Tengku Aqif Wildan bimbang isterinya akan suka pemuda tersebut. "Gila ke apa saya nak suka lelaki lain.Saya kan dah kahwin."-Lyan Akankah bahagia untuk mereka apabila Elina kembali menagih cintanya semula dengan Tengku Aqif Wildan?dan tegakah Lyan untuk hidup bermadu? Tengku Aqif Wildan mula naik hantu.


Share this novel

Rate this story


Comments

Mia Zara
2020-11-21  1 Replies

next episode please

Bunga Lily
2020-11-21  1 Replies

thanks for update

aleyafarz
2020-11-20  1 Replies

thanks update.. love it

INTAN

13 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience