Series
371
“Hello, Aeriq Zayyan. Sayalah tu… calon isteri awak, Safa Alayna.” Dia datang dengan satu niat. Meminta masa. Masa untuk sambung belajar. Masa untuk kejar impian. Dan masa untuk mencari jalan keluar daripada sebuah perkahwinan aturan keluarga yang tidak pernah dia inginkan. Calon suaminya, bukan lelaki biasa. Aeriq Zayyan. CEO SZA Global. Pewaris tunggal. Lelaki angkuh, penuh ego, dan playboy kelas atasan yang sukar disentuh. Bagi Aeriq, perkahwinan itu adalah noda kekal pada reputasinya. Dia menolak. Safa tidak menepati ciri-ciri wanita idaman. Bagi Safa, perkahwinan itu adalah pemusnah masa depannya. Dan Aeriq… lelaki itu terlalu sempurna untuknya. Dia juga menolak. Jadi mereka membuat satu perjanjian. Safa dapat masa yang dia mahukan. Aeriq terlepas dari ugutan keluarga. “Ingat, status awak sekarang ialah bekas! Bekas calon isteri. Yang mengikat kita sekarang cuma hutang awak.” Malangnya, keluarga mereka tidak berdiam diri. Ada saja jerat muslihat untuk menyatukan mereka berdua. “I can give you marriage, but I can’t promise you love.” Mudah. Sekurang-kurangnya, itulah yang Aeriq fikirkan. Sehinggalah Safa mula mengacau ketenangan hidup Aeriq dengan perangai selambanya, mulut celupar dan satu tabiat paling menjengkelkan. Dia langsung tidak takut kepada Aeriq. Lebih teruk, Safa mempunyai seseorang yang lain di dalam hatinya. Dan Aeriq tidak suka berkongsi sesuatu yang sudah jadi miliknya. “Don’t you dare look at another man, Safa!” Ironinya, Safa kena terima hakikat bahawa Aeriq boleh dikongsi. “Tapi Allah tak buta, Aeriq. Dia tunjuk setiap perbuatan awak. Sedar diri, dah tua kan, sepatutnya banyakkan beramal, bukan semakin menambah dosa!” Safa mulai melihat tiada arah tuju hubungan mereka. Dan dia perlu memilih… Sama ada lelaki yang pernah menolaknya itu masih layak diberi peluang, atau dia memang ditakdirkan kekal sebagai… Bekas calon isteri.
Update 09 October 2026