Peluang Untuk Bahagia

IeraRoselyn

Romance Completed 31764
4.9
(134 ratings)

Synopsis

Lelaki dan perempuan berkawan? Itu perkara biasa. Dan, mencintai kawan baik sendiri dalam diam juga itu adalah perkara biasa. Satu perkara yang tidak dapat dielak. Kayla Raihana. Demi menjaga hubungan yang baik dan kekalkan persahabatan dia bersama Adam Firdaus, dia sanggup menahan hati dan perasaannya bila Adam Firdaus sudah pun menjalinkan hubungan dengan gadis yang dicintai lelaki itu. Walaupun sakit, Kayla Raihana tetap menahan persahabatan mereka. Dia sanggup kecewa daripada kehilangan lelaki itu. Kerana, sejak kecil dia cuma ada lelaki itu dan keluarga lelaki itu. Dia sudah kehilangan ahli keluarga sejak kecil disebabkan satu kejadian kebakaran yang meragut nyawa seluruh keluarganya. Adam Firdaus. Dia terlalu mencintai kekasih hatinya. Sudah dia tidak peduli akan perasaan dan hati Kayla Raihana walaupun dia tahu akan perasaan Kayla Raihana terhadap dia. Tidak lama, satu keadaan yang memaksa dia untuk menjadikan sahabat baiknya sendiri sebagai isteri kerana kekasih hati melarikan diri sebulan sebelum majlis diadakan. Adam Firdaus menjadikan Kayla Raihana isteri hanya kerana simpati. Kayla Raihana menerima Adam Firdaus dengan hati yang terbuka kerana dia sangat cinta kepada lelaki itu. Satu peristiwa yang telah menyebabkan Kayla Raihana begitu kecewa dengan Adam Firdaus telah membawa dia pergi jauh dari lelaki yang dia cintai. Dia sanggup menjauh dari terus dihina dan dicaci oleh suami merangkap sahabatnya sendiri. Mampukah Adam Firdaus menggantikan perasaan kasihan kepada cinta untuk Kayla Raihana setelah isterinya pergi jauh dari sisinya? Masihkah ada peluang untuk Kayla Raihana bahagia?


Share this novel

Rate this story


Comments

rosnani ab razak
2022-05-08 

bestt

???????? ????????????
2022-02-27 

HSHSHSHHS dah pernah baca cite ni kat dulu now nak baca lagiii

Rose Razi
2022-02-26 

Bestttt


NovelPlus Premium

The best ads free experience