PERJALANAN SUNYI

FIZAH NADMAH

Romance Completed 3303
4.5
(11 ratings)

Synopsis

“Irah tenungkan apa? Mak tengok setiap kali azan kat surau berkumandang, Irah mesti tercegat kat pintu ni.” Insyirah melentokkan kepalanya di bahu si ibu. “Tak ada apa. Irah cuma kagum dengan empunya suara tu.” Mata bundarnya terbayang raut Harith yang mencairkan hati. Bukan kerana ketampanan tetapi kerana pekertinya. Insyirah menghela sebaris nafas. “Maksud Irah, Harith?” Insyirah mengangguk. Wajah ibunya ditatap lama. “Harith bukan lelaki sembarangan. Tapi Harith tak ada keluarga ke mak? Selain Azri kawan karib dia tu. Irah pernah cuba nak berkawan dengan dia. Susah rasanya nak kenal dengan Harith.” Mak Timah fasih perasaan anaknya yang telah lama memendam perasaan terhadap lelaki muda yang baharu lima bulan menjadi ahli taman itu. Ya, sikap Azri dan Harith sangat ketara. Azri lebih ramah mesra. Manakala Harith hanya ramah dengan kaum lelaki. Jarang sekali melihat dia ketawa. Apalah agaknya yang Harith simpan dalam rahsia dirinya?


Share this novel

Rate this story


Comments

Mia Zara
2020-05-17 

next episode please

hmm
2019-11-16 

Sedihnya... huhu... tahniah

SyiRa SaZini
2019-07-29 

bestt

FIZAH NADMAH

15506 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience