Mengisahkan tentang kembar Julia dan Juliana yang berbeza watak. Pelbagai konflik akan berlaku di antara mereka. “Sayang barang-barang perkahwinan kita dah beli ke belum.” Tanya Ethan kepada Julia. “Belum la darling ala perkahwinan kita kan lagi 2 bulan lagi.” Balas Julia sambil bermain telefonnya. “2 bulan tu kejap je sayang pejam celik pejam celik dah 2 bulan. Darling tengok sayang ni macam tak ambil kisah saja tentang perkahwinan ni.” Ujur Ethan. Selepas kejadian itu macam-macam berlaku antara mereka “Tu cuba acik tengok siapa di depan kita tu.” Kata Tengku Enara sambil menunjuk kearah depan mereka. “Tu.. Tu bukan Julia ke mummy tapi siapa disebelah dia tu siap pegang tangan lagi tu.” Ujur Tengku Elly. “Entah la mummy pun tak tahu Elly. Dia bertunang dengan Along kamu tapi keluar dengan lelaki lain siap berpegang tangan lagi.” Ucap Tengku Enara. “Dia ni serius ke tak dengan along mummy.” Tanya Tengku Elly sambil menangkap gambar Julia dengan lelaki lain untuk dibuat bukti. “Entah la dah la jom balik hilang terus mood mummy nak shopping hari ni.” Balas Tengku Enara dan terus melangkah ke pintu utama. “Jom.” Ujur Tengku Elly dan mengikuti Langkah ibunya. Masuk kedalam kereta dan Tengku Enara mengarahkan Hakim untuk pulang ke rumah. Hakim hanya mengangguk dan memandu pulang. Setelah sampai Tengku Enara dan Tengku Elly terus keluar dari kereta dan masuk kedalam rumah lalu duduk di ruang tamu. “Awal mummy balik dah habis shopping ke.” Tanya Ethan yang baru turun . “Belum tapi mood mummy hilang sebab melihat sesuatu yang mummy tak nak tengok.” Balas Tengku Enara. “Apa yang membuatkan mood mummy hilang.” Soal Ethan. “Ini yang membuat mood mummy hilang.” Jawab Tengku Elly sambil menghulurkan telefonnya kepada Ethan. “Apa ni.” Tanya Ethan. “Along buka dan tengok sendiri.” Balas Tengku Elly. Ethan membuka telefon itu dan melihat gambar yang di tangkap oleh Tengku Elly kejap tadi. Terbuntang matanya bila melihat gambar itu. “Bila acik tangkap gambar ni.” Tanya Ethan. “Tadi masa di mall dan disebabkan itu juga mood mummy untuk shopping hilang.” Balas Tengku Elly. “Sial la.” Ujur Ethan dengan kuat dan terus berlalu ke biliknya. Nak tahu apa kelanjutannya mari baca novel saya
Update 25 August 2025
2025-08-25 2 Replies
tapi sis nak t anya author Zarul bukankah ipar Tengku suami Elly abis tu siapa pulak si Aliya ni,nak kata adek Zarul ank tinggal keliru lah ,mohon pencerahan dari author
2025-08-24 1 Replies
setahun jugalah menunggu akhirnya happy ending.... thank tau author dgn susah payah nya menyudah cerita ni,walau pun ada halang kesihatan tetap juga menulis ..supaya author sehat selalu bersama keluarga tersayang dan diberkati Allah Aamiin ....selamat berkarya
2025-02-11
tq update