Time's Up Ayumi

Calyta

Romance Completed 451173
5
(6928 ratings)

Synopsis

Dipisahkan dengan sang mama sejak berusia 12 tahun membuat Ayumi membesar menjadi sosok gadis yang degil dan memberontak. Dendam terpasak kukuh dalam hatinya, bukan hanya kepada papa, tetapi juga Tengku Aidan, peguam yang telah membantu papanya mendapatkan hak jagaan. “I hate you as much as I hate my father.” -AYUMI- Kata-kata itu melekat kukuh dalam hati Tengku Aidan sehingga dia menyembunyikan identitinya daripada Ayumi saat takdir mempertemukannya semula dengan gadis itu 15 tahun kemudian dalam situasi yang tidak terjangka. Kesal mengetuk hati melihat pembawaan diri Ayumi hasil didikan papanya. Rasa bersalah dan satu rahsia yang tersimpan membuat dia cuba mendekati Ayumi. Sedikit demi sedikit dia berusaha mengubah sikap, cara hidup, dan cara berfikir gadis muda itu. Satu alasan yang kedengaran remeh dan tidak masuk akal membuat Ayumi tidak dapat lari jauh daripadanya. Pemacu pena miliknya yang dihilangkan Ayumi tanpa sengaja membuat dia terus menghimpit dan mendesak. Satu tempoh masa diberi untuk Ayumi mengembalikannya. “Time’s up, Ayumi! Mana pendrive saya?” Rimas, namun Ayumi tidak mampu mengelak. Tengku Aidan tidak memberi celah untuknya bernafas lega sehinggalah salah faham yang dicetuskan bekas isteri Tengku Aidan, serta sikap Ayumi yamg sentiasa mahu mencabar papanya membuat Ayumi dan Tengku Aidan terikat dalam sebuah pernikahan. Akan bagaimanakah suasana rumah tangga mereka dengan sikap Ayumi yang degil dan suka memberontak? Mampukah Tengku Aidan terus bersabar dan bertenang dengan tingkah isteri mudanya itu? Apatah lagi pernikahan itu ditentang hebat oleh anak tunggal Tengku Aidan iaitu Tengku Amalin. "Yang dibuang tak semestinya sampah. Yang disimpan belum tentu berharga." -TENGKU AIDAN-


Share this novel

Rate this story


Comments

test_account
2024-07-20 

test_account

Aaira
2024-06-29 

Antara novel calyta yang paling sempurna saya pernah baca. Jalan cerita yang indah dari awal sampai akhir dan semua watak-watak ada character yang bagus. Nombor 2, teman lelaki interim sebab saya suka hanna yang bijak dan nombor 3, miya liyani. Novel mungkin bahagia pun best tapi sebab watak lelaki dia zahrin tu dayus sangat dan kejam macam zahin si peneroka tu. Mulut jahat. Haha

SHA
2024-05-17 

Hi semua, tumpang promote ye. Jemput baca novel sy yg bertajuk 'TAKDIR YANG TERTULIS' thank you.

Calyta

5257 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience