dari kejauhan Sheikh Althaf terserempak dengan isterinya yang sedang memasukkan barang-barang ke dalam troli. buntang matanya melihat seorang lelaki sedang bergelak ketawa dengan isterinya itu. bila diamati sosok lelaki itu ternyata lelaki yang sama berbual sangat mesra dengan isterinya tempoh hari lepas. hatinya terbakar. pedih sepedih pedihnya. ternyata julia tidak membohonginya. rupa-rupanya isterinya telah menipunya waktu itu. Sheikh Althaf diam seketika. dia mahu menenangkan hatinya yang panas membara. lagipun dia tidak mahu Julia melihat isterinya bermesra dengan lelaki lain. semua yang berlaku hari ini semuanya kebetulan yang menyakitkan. tadi, dia telah menerima pesanan dari seseorang mengatakan isterinya sedang berseronok dengan lelaki lain di gedung Mydin. entah siapa pengirim tidak bernama itu. lalu dengan hati yang menggelegak resah gelisah Sheikh Althaf segera berkejar ketempat yang disebutkan.
View All Chapters (Total 12 Chapter)
Update 09 December 2019
2021-10-30
terus x der update buat cite tergantung mana reader x bengang
2021-10-17
hai, tumpang lalu,, Nura nak promote novel yg Nura buat ni 'My Girlfriend Bodyguard' ... Thank you so much kepada pembaca yg baca novel Nura.. Jangan lupa tinggalkan komen, follow dan support Nura ^_^
2021-08-24
Donated 400 nCoins