Series
4508
Kesetiaan tidak diukur berdasarkan jarak dimana kita berada. Begitulah hidup yang dijalani oleh seorang gadis yang diberi nama Ara Izminda. Jarak dia dengan kekasih hatinya jauh beribu batu. Hanya sekali sahaja mereka berjumpa tetapi mampu membuatkan dia ketawa senang! Oh bahagia hidupnya. Irsyad Izlan. Sebaris nama yang bertahta dihatinya. Nama itulah penyejuk amarahnya, nama itulah yang dia sebut dalam setiap doa dia, nama itulah yang dirinduinya tetapi jarak memisahkan mereka. "Sayang! Be mine?" - IRSYAD IZLAN Hanya sebaris ayat itu berjaya mengikat mereka dengan ikatan tali pertunangan. Tiada hubungan yang tidak akan diuji. Begitulah mereka tetapi janji yang mereka bina tak akan sesekali dimungkiri. "Janji dengan saya yang awak akan ada dengan saya sentiasa tak kira apa jua keadaan." - ARA IZMINDA "Saya janji, saya akan cintai awak sampai akhir hayat saya." - IRSYAD IZLAN Janji diikat. Hubungan mereka memasuki fasa seterusnya. Adakah hubungan mereka akan kekal ke jinjang pelamin jika seorang di Korea dan seorang lagi di Itali atas urusan kerja? Mereka yang memulakan, mereka juga akan mengakhirinya. Bukan dengan perpisahan seperti cerita-cerita yang lain tetapi dengan perpisahan yang dipanggil mati!! Takkan ada orang yang mampu mengakhiri kisah mereka kecuali Tuhan yang maha kuasa! Setiap kisah cinta pasti ada duka yang terselit, Ara redha dengan kehendak Tuhan.. Mungkin Dia sedang merancang yang terbaik untuknya.. Dia menunggu dan menunggu hinggalah lelaki itu muncul kembali dan saat itu adalah hari dimana dia akan berkahwin dengan pilihan keluarganya.. "Aku benci tengok muka kau! Berambus kau dari sini!" ENCIK JAAFAR Irsyad akur andai tiada lagi kemaafan buatnya.. "Saya doakan awak bahagia.. hingga ke akhir hayat" IRSYAD IZLAN Apa yang akan terjadi selepas itu? If you read you will get answer????
Update 06 December 2024