Cinta penuh dengan konflik dan jenaka. Bermula kisah dimana Tiara hanya berlanggar bahu dengan Zarif di pasar raya lalu menjalinkan hubungan sebagai kawan dan terus kepada kekasih dengan Zarif yang berkerja sebagai pengurus pemasaran di sebuah syarikat besar. " Awak terlalu bersemangat untuk mereka berdua" Tiara sengih. " Kawan lebih penting dari segalanya-galanya" Zarif senyum mendengar penjelasan Tiara. "Mana ada comel! Hmm!" Tiara menyilang tangannya. "Betullah, nanti awak balik rumah dan menghadap cermin besar buat muka marah mesti comel" Zarif senyum senang " Tak comel lah" merah pipi Tiara bila dipuji oleh Zarif " Ye " Zarif tergelak kecil melihat telatah Tiara seperti kekanak-kanakkan lagi. Tetapi ada sesuatu menganggu jalan kehidupan mereka, apakah dia? Mari teruskan membaca buku ini.
Update 06 December 2024