Aku Bukan Malaikat

CikSyid

Romance Series 440481
4.9
(3234 ratings)

Synopsis

Kisah duka seorang isteri apabila perkahwinannya berantakan kerana kehadiran cinta pertama suaminya. Disaat mereka sangat bahagia, dia perlu mempertahankan perkahwinannya sehingga tiada lagi sisa maruah yang tinggal. Segalanya hampir bernoktah apabila dia diminta berkongsi kasih, berkongsi sayang dan berkongsi bahagia. Bahagianya tidak sama dengan bahagia mereka. Bahagianya tidak serupa dengan lakaran cinta mereka. Bahagia mereka membuka ruang pintu yang luas untuk dia pergi. Dia perlukan jati dirinya, dia perlukan kekuatan apabila tiada lagi senyuman diwajah anak anaknya. Apabila tiada yang mempertahankannya, dia perlu mencari bahagianya. Tetapi adakah pergi itu memberinya bahagia? Isteri - “Saya bukan malaikat, kesakitan ini menelan kesemua kebahagian saya, saya tidak lagi mengerti apa itu bahagia, jadi lepaskan saya, saya dengan rela hati melepaskan bahagia ini pada abang, gengamlah bahagia itu, dia milik abang” Suami - “Abang tidak akan melepaskan Dian, abang tidak akan menceraikan Dian, lelaki boleh berkahwin lebih dari satu, abang cukup semua syarat, jadi Dian harus patuh kepada abang,”


Share this novel

Rate this story


Comments

Haiza Hussain
2024-11-29 

Novel no 1 dihati saya. Setiap titis air mata Dian dapat sepenuhnya saya rasakan. Itulah pengorbanan seorg isteri dan ibu..wpun pahit tp terpaksa ditelan. Dian bukan malaikat tp Dian adalah susuk wanita yg punyai semangat juang yg tinggi di sisi Allah ..berjuang demi keluarga yg bahagia di dunia n akhirat. Tahniah CikSyid.

arizah hashim
2024-11-01  1 Replies

Alhamdulillah. Dian, hero sebenar dlm kisah ini. Kamsani, sebagai unsung hero sbb membantu Dian menyelesaikan kemelut yg ditinggalkan Yusuf dan Hanan. wpun Dian bukan malaikat, tp dia berhati malaikat. berkorban perasaan demi kelangsungan keluarga bahagianya. thanks CS sbb menghidangkan satu kisah kehidupan yg seronok utk difikirkan

arizah hashim
2024-11-01  1 Replies

Alhamdulillah. Dian, hero sebenar dlm kisah ini. Kamsani, sebagai unsung hero sbb membantu Dian menyelesaikan kemelut yg ditinggalkan Yusuf dan Hanan. wpun Dian bukan malaikat, tp dia berhati malaikat. berkorban perasaan demi kelangsungan keluarga bahagianya. thanks CS sbb menghidangkan satu kisah kehidupan yg seronok utk difikirkan

CikSyid

4091 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience