KUATKAH AKU? (On Hold)

ClarettaJs

Romance Series 3506
4.9
(9 ratings)

Synopsis

Athifa Binti Azfan namanya selalu bermain di mulut rakan-rakannya. Rupa parasnya yang menawan menarik perhatian ramai lelaki namun sayangnya dia terlalu buta untuk menilai cinta sejati. Berkali kali putus cinta namun langsung tiada rasa serik di hatinya, sanggup dia membiarkan dirinya diperbodohkan kerana cinta. Pertemuannya dengan Adlina membuatkan hidupnya kucar kacir. Segalanya hancur! Adlina lebih cantik dan menawan daripadanya! Adlina yang sinis dan langsung tidak memikirkan perasaan orang lain menjadi roomatenya, Namun yang peliknya Athifa selesa berkawan dengan dia. Selepas kedatangannya juga membuatkan Athifa dipinggirkan. Athifa ibarat sampah di tepi jalan. "Percayakan I, I akan sentiasa mencintai you. You akan selalu ada di hati i",- Fayyadh Manakan jadi laut kalau tiada ombak. Dalam tidak sedar hatinya terluka kerana seorang lelaki yang bernana fayyadh.Bodohnya dirinya kerana telah mengunci hatinya untuk lelaki seperti Fayyadh. Tanpa sedar Athifa menyimpan dendam kepada Adila. Dia ingin Adila merasa apa yang dia rasakan ketika itu. "Kau tahu kenapa aku buat macam tu?! Sebab kau bodoh! Langsung tak sedar apa niat lelaki yang datang dekat sekeliling kau selama ni! Langsung tidak mahu mengerti niat mereka terhadap kau! Kau tu hanya boneka dorang yang senang senang mereka permainkan dan perbodohkan! Kau faham tak!!!", -Adila Adila! Ada sesuatu pada dirinya di mata Athifa. Hatinya meronta ingin mengetahui lebih tentang Adila namun apakan daya, dirinya juga seorang perahsia. Tiada siapa yang mengetahui latar belakangnya. Kerana cinta dia menjadi bodoh dan buta melihat mana kaca dan mana permata. Hatinya pedih, pilu dan perit menerima kenyataan bahawa dirinya sudah gagal dalam percintaan. Bukan sekali malah berkali kali. Saat dia ingin mengundur diri ada satu tangan yang menghulurkan cinta kepadanya. Mampukah dia memaut tangan tersebut sedangkan kepercayaannya sudah hilang terhadap percintaan?


Share this novel

Rate this story


Comments

Azhanur Alia
2018-08-14 

lmbt lagi ke nk sambung

Azhanur Alia
2018-08-12 

sambung please

ClarettaJs

8 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience