Series
82977
"What? Gym? Nak buat apa?" tanya aku bagai orang bodoh. Nama pun pergi gim... mestilah untuk bersenam. "Untuk jumpa mamat-mamat sado kat sanalah. Aku dapat port gym yang baru tau... dekat Calo Fitness. Very privacy and exclusive. Kau nak pergi tak? Jomlah!" Intan masih cuba memujukku. ...... "Lana! Tunggulah aku!" panggil Intan yang pastinya tergamam melihat aku tiba-tiba saja mengangkat kaki mahu meninggalkan gim itu. Aku biarkan saja beg tanganku dipegang oleh Intan. Aku tidak mahu menoleh ke belakang lagi. Yang penting, muka lelaki jahanam itu tidak ingin kupandang walau pun dengan sebelah mata! Biarlah bergegar seluruh bangunan ini akibat hentakan larian aku, aku sudah tidak peduli! Aku ingin lari sejauh yang mungkin dari lelaki itu. Lelaki yang telah menjatuhkan maruah aku dengan kejian yang melampau! Lelaki yang membuatkan aku ditertawakan oleh orang ramai. Lelaki itulah!!!
Update 06 December 2024