Wajah cantik yang dimiliki tidak seindah hidupnya. Sedari usia 10 tahun HAZEL SAFINA ditinggalkan ibunya. Lalu, dia hanya mencintai ayahnya yang setia menjaganya dengan tulus. Namun, semuanya berubah apabila ayah yang tersayang menikahi wanita lain. Semenjak dari hari itu, hidupnya berubah seratus peratus. Dia dihalau oleh ayahnya kerana onar yang dia sendiri cipta. Tanpa dia sedar sebenarnya ada tangan yang mengatur agenda. Melenyapkan namanya sebagai pewaris tunggal HS2 holdings. Dia dibesarkan di kampung oleh keluarga yang mengamalkan ajaran agama. Di situ dia kenal erti hidup. Dia kenal erti hubungan darah dan di situ juga dia kumpulkan semangat untuk kembali semula kepada ayahnya. Dia sedar semua orang menganggapnya sudah mati. Lalu, dia menyamar. Namun, penyamarannya mengundang syak wasangka ketuanya, AKHYAR ZAINUDDIN. Kerana itu mereka selalu bertekak. “Siapa kau sebenarnya. Kerani tapi boleh pakai kereta mewah. Kau jual tubuh?” - AKHYAR “Maaf. Ingat kerani ni sengkek sangat ke. Saya tak ada masa nak jual tubuh?” - SAFINA “Atau kau musuh Dato' Hamzah? Masuk ke sini sebab nak mengintip.”- AKHYAR Mendengar nama itu hatinya hancur berkecai. Berjayakah dia meyakinkan lelaki berpangkat dato’ itu bahwa dialah anaknya yang hilang berbelas tahun lalu. Beranikah dia hendak menentang orang dalam yang menjadi punca kehilangannya. Dan… benarkah dalam hatinya ada dua hero yang dia sayang yang membuat Akhyar berundur diri. - Dalam hati ini ada dia dan kamu tetapi berbeza rasa -
Update 13 August 2025
2025-08-13
Tahniah GH novel baru menarik sangat x sabar tunggu yang selanjutnya
2025-08-12
sentiasa doakan agar segala urusan GH lancar....
2025-08-12 3 Replies
Terima kasih semua yang masih setia dengan GH. Maaf atas segala kekhilafan dan kekurangan. Izinkan GH up cerita lain dulu. GH nak cari ketenangan. Cerita dulu2 GH unpublished atas sebab yang GH tak boleh kongsi. Bila dah rasa okay, dah kuat GH up balik cerita yang tertunggak. Doakan GH terus kuat. Untuk pengetahuan semua GH dah tak aktif dalam medsos. Minta jasa baik pembaca lah nak kongsi atau apa saja kecuali plagiat cerita GH. Terima kasih sebab masih setia dengan GH.