MATURE CONTENT Shania umpama Cinderella di villa gah itu. Dia seringkali diseksa dengan pelbagai jenis seksaan termasuklah di paksa menjadi pelacur tanpa dia sedar. Awalannya Shania amat terkejut dengan peminangan Ezriq. Begitu jugalah dengan Dato' Azman tetapi tidak buat Datin Maya. Dia teramat menyukainya kerana dia sudah lama ingin menakluki Dato dan villa mereka itu. Shania terpaksa bersetuju dengan peminangan itu atas desakan hidupnya yang berhutang pula dengan Datin Maya kerana mencederakan lelaki upahan yang cuba memperkosanya. Wang hantaran itulah yang Shania gunakan sebayar bayaran. Setelah bernikah Ezriq membawa Shania ke rumah desanya. Shania pada mulanya memang kurang selesa tinggal di situ. Biar pun, di villa dia seksa tetapi masih ada pelbagai kemudahan untuk dia tetapi di rumah desa itu segalanya berubah. Shania benar-benar kecewa dengan Dato' Azman yang lebih memilih mendengar hasutan Datin Maya. YM Raja Ezriq Aryan Raja Reza. Itu yang Shania tidak tahu. Sengaja Ezriq sembunyikan statusnya itu atas beberapa sebab selain menyahut cabaran papanya. Pemuda kacak dari golongan konglomerat itu juga mempunyai beberapa syarikat ternama serta ladang berdekatan rumah desanya itu. Selain itu dia juga ada rahsia gelap. Nama dia bukan saja terkenal di dunia bisnes putih malah bisnes hitam juga dia amat di segani. Pernikahan mereka sememangnya di mulai rasa kurang selesa tambahan pula Shania merasa Ezriq bagaikan menyembunyikan sesuatu. Lelaki itu suka keluar waktu malam. Sehinggalah satu insiden ini berlaku sudah membuahkan putik cinta di hati Shania pada Ezriq. "Aku bukan sekadar bersimpati. Tetapi aku juga memang mencintaimu. Kau tak perlu takut, sayang. Itu dunia aku dan aku takkan bawa kau ke dunia aku yang lagi 'satu' itu. Tetapi sekiranya, Maya cuba apa-apakan kau. Dia yang akan menghadap aku..." EZRIQ. "Mungkin abang cuba rahsiakan tetapi Nia percayakan abang. Nia tak boleh menipu diri Nia bang. Nia dah mula cintakan abang..." SHANIA Datin Maya mendapat tahu tentang identiti Ezriq. Apakah yang akan dia lakukan? Bolehkah Ezriq mempertahankan cintanya pada Shania setelah statusnya jutawan dunia hitam dan putihnya itu terbongkar?
Update 06 December 2024
2025-03-31 2 Replies
Jemput Membaca Drama Pendek Ini! TQ Sebab Faham Aku bukan sekadar kisah cinta biasa. Ia mengupas erti kepercayaan, rahsia yang disimpan, dan kegelapan yang tersembunyi di sebalik hubungan manusia. Raisyah dan Rayyan, dua jiwa yang berbeza tetapi saling memahami dalam cara yang dunia luar tidak dapat tafsirkan. Namun, apabila masa lalu mula menghantui dan kebenaran terbongkar, sejauh mana Raisyah sanggup pergi untuk membuktikan kesetiaannya? Drama pendek ini tersedia untuk dibaca secara percuma—tanpa sebarang bayaran atau caj tambahan. Bagi yang ingin mengikuti perkembangan drama ini, boleh kunjungi TikTok @studio.cerita.pendek. Jika anda mencari lagu-lagu unik dan tidak klise, boleh ke TikTok @monocreate.studio. Kedua-dua akaun ini berkait rapat dengan perjalanan drama ini, sama seperti akaun NovelPlus ini. Jika anda sukakan cerita yang penuh emosi, misteri, dan rahsia yang perlu dibongkar, ini adalah bacaan yang anda tidak mahu lepaskan! Selami kisah ini dan rasai sendiri keperitannya. Jadi, bersedia untuk menyelami dunia TQ Sebab Faham Aku?
2024-10-15 1 Replies
semua novel author uc ke? teringin nk bca tp tk mampu..sbb tgk smua uc..best npk smua novel2 author
2024-09-19 1 Replies
Tahniah kak :)