Tersalah tengking orang, itu satu hal. Tak cukup dengan itu, Diane juga dah terlanjur menyimbah air dan menampar wajah kacak lelaki itu dek gagal mengawal marah. “Dasar lelaki tak guna! Curang!” - Priscilla Diane Tapi rasa darah menderu laju ke wajah apabila Diane buka mata, menyedari dia tersalah orang. Dan lelaki itu pun bukan sebarang stranger, tapi bosnya sendiri! “Seriously, Diane? I expected more from you.” - Syed Arrasy Irfan Syed Arrasy Irfan a.k.a. Mr. Boss, kini kot mahalnya dah basah lencun dek jus oren di tangan Diane. Wajahnya sebelah merah, juga kerana penangan penampar sulung gadis itu. Tapi siapa sangka, malam yang mengaibkan itu juga yang membawa mereka ke jinjang pelamin. “Kenapa bos tak pecat je saya? Kan saya tampar bos, kuat pulak tu…” - Priscilla Diane “Pecat? No. I takkan pecat you. Malah, I naikkan pangkat you sebagai isteri I.” - Syed Arrasy Irfan Diane kini berteka-teki, ada apa lelaki itu mengajak berkahwin. Kalau bukan kerana cinta, apa alasannya?
Update 18 October 2025
2025-10-18
Donated 200 ncoins.
2025-10-18
Donated 200 ncoins. - Best
2025-10-18
Syed arrasy mmg dh jatuh cinta dgn Danie sebab tu sebolehnya nk kawin dgn Danie..