#Opps..Pengantin Musim Cinta

myra arisya

Drama Series 3169
4.5
(2 ratings)

Synopsis

'Pikat hati anak teruna Tengku Elyas dan Tengku Halyna sampai dapat' itu misi yang diberikan oleh Tengku Halyna kepada Qaireen Az-Zahra.Entah apa yang istimewa sangat dengan Qaireen sampai Tengku Halyna beri harapan tinggi padanya untuk memikat hati Tengku Eishan.Padahal, Qaireen cuma seorang pembantu peribadi kepada Tengku Eishan, tidak lebih dari itu. "Aku tak suka perempuan, kau cantik, seksi, pandai, manja..pergi cari lelaki yang lebih baik daripada aku and please, stop your plan to seduce me because it doesn't work at all, Qaireen" -Tengku Eishan Huzair "Wait, bos nak cakap yang bos gay ke?" -Qaireen Az-Zahra Biar betul, anak raja yang macho tu tak suka perempuan?? Habislah plan Qaireen untuk memikat hati bosnya.Belum apa-apa lagi, Eishan sudah tidak tunjuk minat kepadanya, jadi lebih baik dia yang berundur diri.Dia tidak mahu dicop sebagai perempuan materialistik oleh Eishan. "Aku bukan gay lah pandai, cuma aku tak pernah luahkan perasaan cinta pada sesiapa, tak pernah keluar dating, jauh sekali cuba untuk melamar.Pendek kata, aku tak pernah belajar apa itu cinta.." -Tengku Eishan Huzair "Biarlah saya yang ajar bos apa itu cinta, let me be your doctor love..itupun kalau bos ada lagi hati dan perasaanlah.." -Qaireen Az-Zahra Maka, bermulalah misi Qaireen mengajar Eishan yang buta cinta.Parah, satu benda pun Eishan tidak tahu, naik gila Qaireen dibuatnya.Muncul pula Aira, bekas teman wanita Eishan menagih cinta dan hadir pula Tengku Adam, sepupu Eishan yang menaruh hati padanya. "Kata bos tak pandai bercinta, habistu Aira tu siapa?? Bos tak sedar ke selama ni saya sedang menanti luahan perasaan daripada bos? Buat apa saya ajar bos tentang cinta, kalau saya sendiri tak dapat miliki cinta bos? Tengku Eishan Huzair Tengku Elyas, I quit from being your doctor love also as your assistant" -Qaireen Az-Zahra "Aira bukanlah sesiapa untuk aku, aku tak rasa sakit bila Aira tinggalkan aku.Tapi kau, aku rasa kurang bila kau takde dalam hidup aku.Kau ajar aku segalanya tentang cinta Qaireen, kalau kau nak berhenti jadi doktor cinta aku atau pembantu aku, kau berhentilah.Tapi aku mohon, tolong jangan berhenti isi hati aku" -Tengku Eishan Huzair


Share this novel

Rate this story


Comments

ACHIK
2019-09-19 

best ! btw jemput baca novel achik jugak,tq

Annatasia
2018-07-14 

Nice. ><

myra arisya

51 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience