Dendam Seorang PENDOSA

Cik Kura-kura

Crime Series 5035
5
(2 ratings)

Synopsis

Dunia ini penuh dengan kepura-puraan, di mana setiap orang kelihatan berbeza bergantung pada situasi. Namun, perbezaan itu bukanlah alasan untuk dihakimi. Dalam kehidupan yang penuh liku-liku, dua insan dengan latar belakang yang pahit dipertemukan oleh takdir—seorang lelaki dingin yang dipenuhi dendam dan seorang gadis malang yang hidup dalam bayang-bayang kebencian. Muhammad Haris Arsyad, seorang lelaki berperwatakan dingin dan personaliti yang berubah-ubah, hidup dengan satu misi: membalas dendam terhadap mereka yang telah meragut nyawa keluarganya. Dipelihara oleh seorang lelaki yang mengetuai sebuah organisasi rahsia, Haris membentuk dirinya menjadi senjata yang sempurna untuk melaksanakan rancangannya. Namun, di sebalik sikapnya yang keras, adakah hatinya benar-benar kebal dari segala rasa? Khawla Syifa, gadis dengan mata berwarna berbeza (Heterochromia), hidup dalam belenggu kebencian dan pengabaian. Dia sentiasa dipandang sebelah mata oleh keluarganya sendiri. Penderitaan yang berpanjangan membuatkan dirinya terasa hilang arah, sehingga takdir membawanya bertemu dengan Muhammad Haris Arsyad. Namun, adakah lelaki ini benar-benar penyelamatnya, atau sekadar dalang baru dalam hidupnya yang penuh derita? Apabila Haris mula melibatkan Khawla dalam organisasi rahsia keluarganya, gadis itu terperangkap dalam permainan dendam yang tidak pernah dimahukannya. Hubungan mereka yang bermula dengan paksaan mula mencairkan sebahagian dinding dingin Haris, tetapi adakah dendamnya yang telah lama bersarang dapat dihapuskan begitu mudah? Atau, adakah Khawla akan menjadi korban terakhir dalam rancangan gelapnya? "If you think I'm bad, then you're wrong. I am the worst," - Muhammad Haris Arsyad "Aku tidak boleh berpura-pura bahawa aku tidak memerlukan sesiapa," - Khawla Syifa


Share this novel

Rate this story


Comments

Cik Kura-kura
2024-10-15 

Salam. Hey guys. Saya akan update fanfic saya setiap hari ahad, but tak promise yeh. Kebelakangan ni kerja tak bagi kerjasama untuk aku menulis, huhu. Apa2 pun thnks korang support?

azie_hamid
2024-07-28 

tahniah menarik novel ni

Zahra haniffa
2024-03-12  1 Replies

dah x nak sambung ke...

Cik Kura-kura

34 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience