Isteri Kedua

Kasturi Madu

Romance Series 2762
5
(1 ratings)

Synopsis

Sebut saja isteri kedua pasti jolokan perampas ataupun penyondol yang akan diterima. Merampas kebahagiaan wanita lain demi kepentingan diri sendiri. Tapi lain pula dengan kisah Jelita Sufia. Dia bukan penyondol jauh sekali perampas. Kerana Haji Borhan dan Raja Fairoz, Jelita Sufia terpaksa akur apabila perkahwinannya bersama dengan Raja Razman sudah ditetapkan oleh kedua-dua belah keluarga. Bunyinya memang klise tapi berkahwin tanpa cinta sementelah dengan lelaki yang sudah punya isteri bukanlah sesuatu yang mudah bagi Jelita Sufia. Raja Razman cintanya hanya terpahat buat isteri pertamanya, Aliya Soraya. Berkahwin dengan Jelita Sufia, si gadis yang jauh lebih muda darinya langsung tidak memberikan apa-apa makna bagi Raja Razman. Marah dan benci menjadi satu. Raja Razman nekad berlalu meninggalkan Jelita Sufia terkapai-kapai sendirian. Perginya lelaki itu tanpa pesan. Meninggalkan Jelita Sufia dengan rasa luka yang parah namun tidak berdarah. Jodoh itu rahsia Allah. Tiada siapa sangka selepas hampir lima tahun mereka tidak bersua muka, akhirnya takdir kembali menemukan mereka dibawah satu bumbung yang sama. Benarlah kata orang hati manusia itu sifatnya berbolak balik. Dulu benci kini gadis yang tidak pernah dianggap sebagai isteri itulah yang mampu membuatkan tidur malam Raja Razman jadi tak lena. Namun lain pula bagi Jelita Sufia. Pertemuannya kembali dengan Raja Razman adalah sebagai petanda untuk dia menuntut sebuah perceraian. Bagi Jelita Sufia cukuplah hampir lima tahun dia menggalas gelaran sebagai isteri kedua Raja Razman. Dia mahu bebas kerana hatinya sudah mati buat lelaki itu. Berjayakah Jelita Sufia menuntut sebuah perpisahan dengan Raja Razman? Apakah kesudahannya rumah tangga mereka? Bahagia atau derita? Nantikan dalam ISTERI KEDUA.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Kasturi Madu

557 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience