Mengapa Harus Aku

whitelilysha

Drama Series 1523
0
(0 ratings)

Synopsis

Arissa Edrea seorang gadis yang kental. Kerana kisah silam ibunya membuatkan dia tidak percaya pada manusia yang bernama 'lelaki'. Dalam kehidupannya dia hanya ada ibu dan nenek serta dua orang sahabat baik yang sudah berumah tangga. Tetapi kedua-dua orang sahabatnya juga mempunyai kisah mereka sendiri yang membuatkan Arissa Edrea semakin kuat membenci lelaki. Namun, siapa dapat menduga. Hadirnya seorang lelaki mengubah pandangannya. Melihat akan kesungguhan lelaki itu, akhirnya dia menerima lelaki itu dalam hidupnya. Akad nikah termeterai. Akan tetapi selepas kehidupannya sebagai isteri bermula segalanya mula berubah hingga Arissa Edrea mengesyaki sesuatu. Segalanya sudah terbongkar dan paling mengejutkan orang yang dia percaya dan sayang turut sama terlibat. Arissa Edrea akhirnya membawa diri tanpa langsung mahu mendengar sebarang penjelasan. Dia langsung tidak pernah terfikir dia akan terjebak dalam kancah perkahwinan seperti ini. Apa yang terjadi dalam perkahwinan Arissa Edrea? Adakah dia akan kembali membenci lelaki atau bahagia akan datang kepadanya? Semuanya akan terjawab di dalam novel ini.


Share this novel

Rate this story


Comments

Suriawati Mohd Gazi
2025-09-27  1 Replies

tahniah sis

WiNWiN
2025-09-27  1 Replies

tahniah, baby baru❤️

whitelilysha
2025-09-27 

Hi semua... Jemput singgah. New baby..

whitelilysha

665 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience