UTUS RINDU PADA BUNGA

ASHRAF SRHAA

Drama Completed 20260
4.8
(43 ratings)

Synopsis

Kini adikku sudah tiga tahun. Tiap-tiap kali menyambut harijadi, dia akan dibelikan kek tempahan khas dari Secret Recipe menjadikan aku kakak yang berduka kerana harijadiku tidak disambut sebagaimana harijadi Alia. Untuk tiga tahun ini, Alia menjadi musuh numero uno. Tepatlah sangkaanku. Walid, Mama, Bibik Tini, Along, Angah dan Bang Chik amat ketara menyayangi Alia, lebih dari aku. Alia yang comel bagaikan penyeri hidup mereka. Putih mataku melihat barang-barang yang dibeli Along untuk Alia, ketika pulang dari Wales. Angah pun sama. Seolah-olah di Ukraine, tiada cenderahati yang sesuai untuk remaja seperti aku. Baju-baju Alia yang dibeli Bang Chik dari Kota Singa pun membuatkan airmata aku hampir menitis.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

ASHRAF SRHAA

15778 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience