Sayangku Laila

PinkRose

Romance Completed 740664
4.9
(10827 ratings)

Synopsis

Berjuang sendirian membesarkan anak selepas ditinggalkan suami... Tentunya ia bukan perkara mudah bagi seorang bernama Laila Hanani. Dengan kehidupan yang serba kekurangan, membuat Laila terpaksa nekad berhijrah ke bandar meski harus meninggalkan Emir bersama ibu di kampung. Dia perlu berusaha keras untuk memenuhi keinginan anaknya itu dengan tulang empat kerat yang dia miliki. Nak harapkan bekas suami? Entahlah. Dia hidup lagi ke tidak? Ya! Laila tahu persis bahwa Syam masih hidup. Dan mungkin sudah bahagia setelah berjaya mencapai cita-cita yang diimpikannya sebagai model dan pelakon. Demi cita-cita itulah, sehinggakan lelaki itu sanggup meninggalkan dirinya dan Emir pergi mengejar impiannya itu. Aah! Itu sudah tidak penting bagi Laila. Keutamaannya kini adalah Emir. Dia perlu merealisasikan apa sahaja keinginan anaknya itu dengan segenap kudrat yang dia ada. Lelaki semua sama! Dia sudah tidak mahu mengusutkan fikiran dengan memikirkan tentang lelaki. Sama halnya juga dengan Dr. Hafiz. Seorang Doktor muda yang cuba untuk memikat dirinya. Satu kilang tempatnya bekerja itu tahu persis siapa Dr. Hafiz tersebut. Bermodalkan paras rupa yang dia miliki, lelaki yang berusia lima tahun lebih muda darinya itu begitu rajin melayan gadis-gadis kilang yang menjadi panel di hospital tempatnya bertugas. Sehingga dirinya amat di kenali dengan gelaran Doctor Casanova. Eeeww! Memang taklah aku nak kat dia! "Awak... Jangan laju sangat jalan tu. Karang jatuh macam mana? Tunggulah saya." Dr. Hafiz. "Jangan nak terawak-awak dengan sayalah, doctor. Saya jauh lebih tua dari awak. Hormat sikit." Laila. "Habistu nak panggil apa? Panggil akak? No way! Awak terlalu cute untuk panggilan itu. Baik saya panggil sayang je." Ya! Itulah lelaki. Pandai mengayat dan membeli jiwa. Padahal hakikatnya, BUAYA! Lelaki semuanya sama je! MATURED CONTENT TETAP ADA SEBAGAI PENAMBAH PERISA DIDALAM CERITA. SO, BEWARE! Theme song: Laila Namamu Teratas - Search Band Start: 01/04/2021 8am End: 20/10/2021


Share this novel

Rate this story


Comments

Alieeya Ahmad
2023-07-17 

terbaik

Lily Danissa
2023-07-04 

terbaik..

Fatimah Mutazali
2023-06-24  1 Replies

puas baca berkali kali ulang.. Tq author selamat berkarya cerita awak semua best...

PinkRose

3020 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience