QISTUR RUWAIDAH, seorang mahasiswi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang telah kehilangan lima orang ahli keluarga sejak kecil akibat kemalangan jalan raya. Dia dibesarkan bersama abangnya, Suhaibul Umar dalam dunia yang sangat kejam dan perit di bawah jagaan ibu saudaranya. Pelbagai onak dan duri yang telah dihadapi oleh mereka berdua sebelum menemui kebahagiaan hakiki. “Err… Azim. Maaf nak tanya. Kau belajar kat mana dulu?” – Qistur Ruwaidah “Aku belajar kat Sekolah Menengah Agama Al-Khairiah, Segamat, Johor dulu. Kau?” – Abdul Azim Cinta seorang Qistur Ruwaidah menjadi mekar apabila dia dipertemu dengan jejaka yang ditakdirkan menjadi rakan sekelasnya di Pusat Asasi UIAM Petaling Jaya, iaitu Abdul Azim, namun perasaan gadis itu telah ditolak oleh Abdul Azim, hanya kerana sebuah keegoan. Apabila Qistur Ruwaidah menyambung peringkat ijazah sarjana muda di UIAM Gombak, Qistur Ruwaidah ditakdirkan bertemu kembali dengan Mohamad Salahuddin, jejaka yang pernah menjadi rakan sekelasnya di pusat asasi dahulu dengan membawa harapan. Pada masa yang sama, Abdul Azim juga hadir kembali dengan harapan serupa. “Aku nak berterus terang sesuatu kat kau tapi aku tak reti nak bermadah macam kau. Qist… A… Aku… Emm… Aku harap kau dapat jadi isteri aku.” – Mohamad Salahuddin “Ya, aku akui. Dulu, aku pernah tolak perasaan kau tapi percayalah, aku betul-betul nak memperisteri kau lepas aku dah istikharah berkali-kali.” – Abdul Azim Antara buntu dan keliru yang terdapat dalam diri, Qistur Ruwaidah perlu memilih di antara dua jejaka itu untuk menjadi teman sehidup sematinya serta dapat membimbing dirinya. Bahagia yang dikecapi oleh Qistur Ruwaidah mula teruji dengan ujian demi ujian yang tidak terjangkau dek akal setelah dia berkahwin dengan pilihan hatinya. Hatinya kian rapuh dan lemah. Hanya pada Allah, dia menyandarkan segala harapan kerana dia percaya bahawa Allah jualah pemberi kebahagiaan. Adakah Qistur Ruwaidah akan menemui kebahagiaannya di sebalik semua kesulitan ini?
Update 26 February 2025
2023-06-19 1 Replies
Tahniah bintuqist rasa sedih pula novel ni dah melabuhkan tirai .
2023-06-09 1 Replies
wah dah masuk 2025 ya. apa2 pun memang berbaloi tunggu lama puas baca dan direzekikan kembar 3 pula buat din dan qish
2023-05-16 1 Replies
alhamdulilah..br berkesempatan bc..tq adik bintuqist