SAHABAT SELAMANYA

Sarah Aaisha

Romance Completed 9910
4.5
(30 ratings)

Synopsis

Aku membuka emel. Senyuman terukir dibibirku tatkala melihat nama yang tertera di skrin itu. Dia telah membalas emel yang ku hantar padanya tempoh hari. ‘Salam Hana. Perbanyakkanlah doa ketika solat. Minta supaya dikuatkan kesabaran, In ShaaAllah. Jangan fikirkan sangat apa orang nak cakap, biarkan je. Hana, memang takkan ada orangpun yang akan faham perasaan orang lain sebab kita sama-sama manusia. Tapi Allah lah yang lebih faham kita, Dia je yang setia dengar segala rintihan kita. Hana jangan sedih. Kalau lah memang tak ada seorang manusia pun yang pedulikan Hana, Hana masih ada Mal. In ShaaAllah Mal setia jadi kawan Hana.’ Aku terdiam seketika. Tiba-tiba aku terkenangkan Akmal. Entah mengapa aku sering merasa selesa dengannya walaupun tidak pernah bertemu lagi setelah majlis perkahwinan Alia. Kami lebih suka berhubung dengan cara ini. Setakat ini kami hanya teman biasa. Tidak pernah pun salah seorang daripada kami menyuarakan perasaan hati. Biarlah keadaan ini berterusan jika ianya mendatangkan kebaikan. Sampai bila? Aku sendiri pun tidak tahu.


Share this novel

Rate this story


Comments

mai masha
2019-01-31 

awakkk...suka sgt novel ni..mmg saya boleh selami rasa sakit tu...di pinggirkan..di buang...dan bagaimana rasa memaafkan...penulisan n jln crite awak mmg terbaik...tahniah awak...

BABY BOY
2019-01-31 

jemput singgah baca cerita² saya semua :)

anie
2018-02-15 

best lah novel ni

Sarah Aaisha

15506 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience