Kawan Paksa Rela

Mune

Romance Series 3040
5
(5 ratings)

Synopsis

Pada suatu kala, ada seorang perempuan yang bernama Aqilah Husna binti Mohammad Firdaus. Karakteristiknya bagaikan seorang bidadari. Perangainya tersangatlah bersopan santun, suaranya lembut bak anak kucing yang baru dilahirkan, dan kesabarannya tersangatlah tinggi. Hidupnya juga penuh dengan rakan-rakan dan keluarga yang menyayanginya dengan sepenuh hati mereka. Dalam pendek, hidup Aqilah tersebut tersangatlah sempurna. Tetapi, apabila ayah Aqilah memutuskan untuk berpindah rumah dan sekolah dari kawasan pendalaman ke kawasan Bandar, Aqilah terasa sedikit tidak selesa kerana sikap kampungnya berkemungkinan tidak akan terasa sama dengan orang-orang di kawasan pembandaran. Apabila Aqilah sudah bepindah randah, Aqilah cuba sedaya upaya untuk membiasakan dirinya disana.  Lama-kelamaan, Aqilah dapat membiasakan dirinya dengan kawasan tersebut. Cikgunya sayang akan Aqilah. Rakan-rakannya pun telah menjadi rapat dengannya. Tetapi ada seseorang yang bantah untuk menjadi kawan perempuan tersebut. Lelaki tersebut malas untuk melayan karenah Aqilah yang bahkan orang kampung itu. Dia tidak suka untuk menghampiri perempuan tersebut, tetapi Aqilah memikirkan sebaliknya. Aqilah akan berusaha untuk menjadikan lelaki degil itu untuk menjadi kawannya, tidak kisah apa yang akan bakal berlaku. “Saya kan dah cakap banyak kali dah! Saya tak nak jadi kawan awak!” jerit lelaki itu. “Kalau awak betul tak nak jadi kawan saya, awak takkan rapat dengan saya. Betul tak?” jawab perempuan yang bersopan santun itu, dengan senyuman manis melekat di bibir merahnya. 

View All Chapters (Total 4 Chapter)
Update 09 September 2021


Share this novel

Rate this story


Comments

Wakookie
2021-04-02 

Very nice...Bila boleh smbung???

Wakookie
2021-04-02 

???? ????....???? ????? s?????????

Mune

6 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience