Kerana bertuankan nafsu, mahkota kegadisan milik seorang gadis bernama Lunanita diragut secara kasar. Paling menyedihkan, ia diragut oleh seseorang yang paling rapat dengan dirinya. Akibat peristiwa hitam itu, Lunanita di buang oleh keluarganya sendiri. Malah, dirinya juga turut dihalau keluar dari kampung halamannya. Kerana peristiwa itu, dia membawa diri jauh ke kota. Jauh dari tempat tinggalnya. Menjadi seorang anak perantau bukan lah sesuatu yang mudah buat Lunanita. Tambahan lagi bila menjadi orang buangan keluarga sendiri. Kemunculan seorang lelaki setelah bertahun berlalu membuatkan kehidupannya yang aman kembali terancam. Kemunculan semula Hayrren, lelaki yang bertanggungjawab atas penderitaannya adalah untuk menebus kembali dosa yang dilakukan oleh lelaki itu terhadap dirinya. Dan tanpa Hayrren sedari, musuh lama muncul kembali dan kali ini menyasarkan Lunanita sebagai sasaran. Dapatkah Hayrren menyelamatkan Lunanita sekaligus menebus dosa silamnya? Dan bagi Lunanita, dapatkah dia memaafkan dosa silam Hayrren? START :- 18/07/2022 END :- 09/10/2022
Update 06 December 2024
2025-03-19 1 Replies
semalam baru jumpa novel ni..hari ni dah pun habis sampai tamat...tahniah best ceritanya..nanti nk bc novel author yg lain.
2024-11-13
marathon bca novel ni..best sgt.menarik jln ceritanya...happy ending..tahniah author.tq
2024-05-01
best sgt sgt