My Love, uncle Lutfi Adrian

Cinderella Lotus™

Fantasy Series 139173
5
(463 ratings)

Synopsis

Suraya Sofea tahu, sejak kecil lagi Lutfi Adrian tidak pernah kurang memberikan kasih sayang. Lelaki itu sentiasa ada melindungi, menegur, menenangkan. Namun, semakin dia membesar, semakin hatinya dihantui rasa ingin tahu adakah Lutfi benar-benar mengambil berat tentang dirinya, atau sekadar melihatnya sebagai seorang anak kecil yang perlu dijaga? Ingin menguji perhatian Lutfi, Suraya nekad melakukan sesuatu yang di luar jangkaan. Pada suatu malam, dia cuba memanjat pagar rumahnya sendiri, menyelinap masuk ke halaman belakang. Namun rancangannya tidak berjalan seperti yang dibayangkan apabila Lutfi sendiri muncul, menangkap basah aksinya yang berbahaya itu. “Aya, apa yang awak cuba buktikan sebenarnya?” Suara Lutfi tegas, tetapi di mata lelaki itu jelas ada kebimbangan yang tidak mampu disembunyikan. Antara rasa malu kerana kantoi, rasa bersalah kerana memberontak, dan debaran yang tidak pernah dia rasai sebelum ini… Suraya Sofea mula sedar, hatinya bukan lagi sekadar ingin diuji, tetapi sebenarnya sudah lama jatuh pada lelaki itu. Namun, beranikah dia mengaku? Sedangkan hubungannya dengan Lutfi tidak semudah yang disangka, dan setiap langkahnya diperhatikan rapat oleh keluarga yang tidak pernah terlintas rahsia di hati seorang gadis bernama Suraya Sofea.


Share this novel

Rate this story


Comments

Sal.malek
2024-06-06 

best story nya,xboring bila baca rse mcm nk baca n terus baca smpai la abis..tahniah penulis anda brjaya.. 5/5 ⭐

S Syurga Abadi
2023-11-06 

lmanya tk bcasmbungan ni.. last update hri tu bab brapa ya.. tdk kna marathon smula dri awal ni..

Qontere
2023-07-14  1 Replies

I love your story sis <3

Cinderella Lotus™

307 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience