Pertemuan Tak Sengaja

elylinda

Romance Series 44729
5
(631 ratings)

Synopsis

Akira berlari dengan sekuat hati, sempat lagi dia menoleh ke belakangnya. Orang-orang suruhan Dato Azahar cuba mengejar dirinya lagi. Tanpa dia sedari, ada sebuah kereta dari arah sebelah kanannya hampir saja melanggar dirinya. Akira sangat terkejut apabila mendengar bunyi hon kereta yang semakin hampir dengan dirinya. "Jika ini pengakhiran hidupku, ku terima" bisik hati kecil Akira sebelum matanya tertutup dan dirinya jatuh di permukaan bumi. Kereta yang di pandu Haikal bergerak laju, tiba-tiba muncul satu figura sedang berlari dan cuba melintas jalan raya tersebut. Dengan cepat kakinya menekan break secara mengejut untuk memaksa keretanya berhenti dari melanggar figura tersebut. Pintu kereta di buka, Haikal segera keluar dari perut keretanya dan melihat satu figura yang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan raya. "Arghh... kenapa orang ini boleh ada di sini?" jerit hati Haikal sambil memerhati tubuh figura itu. "Hidup lagi tak orang ni? menyusahkan betullah" gumam hati Haikal lagi. Tanpa berfikir panjang, Haikal segera mengangkat figura itu dan memasukkan ke dalam keretanya. Dia terus memecut keretanya menujuh ke kondominium. -------------------- "Cantik..." bisik Haikal tersungging senyuman. "Tapi kenapa dia berlari? siapa kejar dia? "bisik hati Haikal lagi dan terus mematikan senyumannya ------------------- "Nama aku Haikal Iskandar, kau boleh panggil aku Haikal. Nama kau siapa? Dan kenapa kau lari semalam? Siapa kejar kau " bertubi-tubi Haikal mengajukkan soalan. Akira masih mendiamkan diri, dalam hatinya berbisik, "Perlukah aku jujur atau tidak? aku baru bertemu dengannya". "Kau dah bisu kah? " soal Haikal lagi,kali ini agak keras sedikit suaranya. "Nama saya...Nur Akira Syalinda. Encik Haikal boleh panggil saya..Linda " ujar Akira.


Share this novel

Rate this story


Comments

Stella@Tilla
2022-01-14 

lama tak update..plss update

Asidah Abdullah
2021-11-16 

update pls.. dah lama menunggu chapter baru

Senduduk Desa
2021-10-05 

Didoakn author dah sihat dan dapat kembali ubati rindu kami..... :-)

elylinda

156 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience