NAURA menaruh minat pada rakan sekelasnya Airel Zayyan. Berbagai-bagai cara dilakukan untuk menarik perhatian Airel walaupun setiap usahanya itu sedikit pun tidak menampakkan hasil. Namun, semakin dingin dan sombongnya Airel, semakin kuat keinginan Naura untuk mendekati lelaki itu. Tidak dipeduli sekalipun Airel sering kali mengeluarkan kata-kata kasar dan menyakiti hatinya. Puas dinasihat oleh Sabrina, sahabat baiknya supaya dia berhenti mengejar Airel, namun dia tetap berdegil.r r Hinggalah pada suatu hari, layanan Airel pada Naura mula berubah. Tiada lagi kata-kata kasar yang terlontar membuat hati Naura berbunga indah. Namun itu rupa-rupanya muslihat Airel untuk mendekati Fatin, adik Naura. r r Saat Naura mengetahui hal itu, berlaku pergaduhan besar antara Naura dengan Fatin, yang membuat adiknya itu cedera. Seluruh kesalahan diletakkan di atas bahu Naura. Tiada sesiapa menyebelahinya termasuk ibu, ayah, apatah lagi Airel. Semua itu berlaku ketika beberapa hari menjelang peperiksaan SPM.r r Naura tidak muncul pada hari peperiksaan, membuat Airel gelisah. Sehingga detik mereka masuk ke dalam dewan peperiksaan, kelibat Naura tetap tidak kelihatan. Akhirnya melalui Sabrina, Airel mendapat tahu Naura mengambil peperiksaan sebagai Calon Berkeperluan Khas kerana tangan kanannya patah. r r Hari kedua, dia menunggu Naura yang tamat lewat berbanding calon biasa.r r Namun Naura seperti mahu lari dan menjauhkan diri daripadanya. Semakin laju dia mengejar, semakin laju juga Naura menjauh.r r Namun bukan Airel namanya jika mengalah. Saat langkah Naura berhasil dia halang, dia bersuara menuntut penjelasan.r r "Kenapa tangan kau patah?"r r Namun bukan jawapan yang dia dapat, sebaliknya permohonan maaf berkali-kali.r r “Saya minta maaf sebab cederakan Fatin. Saya salah faham. Saya ingat awak suka saya. Saya bodoh.” -Naura-r r Hari terakhir peperiksaan SPM, adalah kali terakhir Airel melihat Naura. Gadis itu tidak muncul lagi selepas itu. Hatta semasa hari pengumuman keputusan SPM juga Naura tidak menampakkan muka.r r Apabila ditanya pada Fatin, katanya Naura lari dari rumah bersama teman lelaki.r r Takdir mempertemukan mereka semula sepuluh tahun kemudian apabila Naura yang bekerja di sebuah syarikat perancang majlis, menguruskan menguruskan satu majlis untuk syarikat tempat Airel bekerja. r r Tidak dinafi, dalam hati begitu teruja melihat gadis yang suatu ketika dulu tergila-gilakannya. Malah dalam tempoh 10 tahun ini Airel sering mencari khabar tentang Naura, namun tiada sesiapa tahu di mana gadis itu berada. r r "Naura? Lamanya tak jumpa kau." -Airel-r r "Awak siapa?" -Naura-r r Malangnya, pertemuan semula ini membuat rindu Airel kembali bertukar menjadi benci. Benci sehingga dia kembali menyakiti Naura dengan kata-kata kasar dan penghinaan yang sama seperti sepuluh tahun lalu.r r Namun, pertemuan secara tidak sengaja dengan Sabrina, menguak semua rahsia hidup Naura 10 tahun lalu membuat Airel dihempap sesal bertalu-talu.r r "Kalau nama dia sendiri pun kadang-kadang dia lupa, kau nak expect dia ingat kau yang dia dah 10 tahun tak jumpa?" -Sabrina-r r Nekad mengejar cinta Naura bukan sesuatu yang mudah bagi Airel. Naura menganggap dia mendekatinya kerana Fatin. Sedangkan hakikatnya tidak. Dia mahukan Naura.r r Mampukah Airel meyakinkan Naura bahawa cintanya tulus apabila setiap perlakuannya untuk menarik perhatian Naura dikatakan kerana Fatin?r r Mampukah Airel mengembalikan susuk Naura yang murung kembali menjadi periang seperti 10 tahun lalu?r r Mampukah Airel membahagiakan Naura yang telah banyak melalui derita hidup yang tidak terjangkau oleh akal warasnya?r r Andai mampu, akankah kebahagiaan itu berkekalan?
View All Chapters (Total 41 Chapter)
Update 06 December 2024
2024-12-04
kan best klu cite ni diadaptasi ke drama. love
2024-04-13
mampir yu
2024-03-24
Donated 200 ncoins.