MAWAR

DON'T ASK

Crime Completed 4311
4.6
(7 ratings)

Synopsis

MAWAR sudah mencari bahan-bahan untuk melaksanakan ilmu sihirnya. Dia tidak mahu berlengah-lengah. Dia tidak sabar mahu menggunakan ilmu pelet itu kepada Tuan Malek. Dia mahu lelaki itu tunduk di kakinya. Dia mahu lelaki itu mengikut segala kata-katanya. Mawar duduk bersila. Segala pintu dan jendela dibiliknya telah ditutup dengan rapat. Hanya cahaya lilin yang menemani. “Kau akan bantu aku kan?” Mawar tahu lembaga itu ada di belakangnya. “Kau dah bersedia?” Mawar tersengih. “Aku dah lama bersedia.” Mawar mengeluarkan foto Tuan Malek. Foto itu telah berjaya di curi dari album gambar Tuan Malek. Dia mencerobohi masuk ke bilik lelaki itu secara senyap-senyap. Gambar itu diasapkan pada kemenyan yang sudah bakar. Mawar terkumat-kamit membaca jampi yang dibisikkan ke telinganya. Gambar itu digulung lalu memasukkan gambar itu ke dalam botol. Botol itu digantungkan. Ini hanya satu permulaan. Tuan Malek yang sedang lena di kerusi rehatnya itu tersedar dari tidur. Seluruh tubuhnya berasa sejuk hingga ke tulang sum sum. Pandangan matanya mulai kelam. “Abang!” tubuh Tuan Malek dipaut oleh Puan Halida. “Kepala abang rasa pening.” “Abang rehat dalam biliklah.” Puan Halida membantu suaminya itu melangkah. Anak perempuannya yang sednag bermain itu dibiarkan bersama orang gaji mereka. Tuan Malek berbaring di atas katil. Lengannya diletakkan pada dahi. Tidak pernah dia berasa tubuhnya lemah begini. Sakit kepala yang mencengkam menambah rasa berat pada tubuhnya. Puan Halida kembali dengan segelas air dan ubat. Dia membantu suaminya itu bersandar pada katil. Dua biji pil dihulurkan. Tuan Malek menelan ubat tersebut. Air kosong itu diteguk hingga habis. “Jangan fikirkan sangat soal kerja-kerja di pejabat.” Desis Puan Halida. Tuan Malek tidak membalas. Dia memenjamkan matanya. Wajah Mawar menerpa. Terus saja dia membuka matanya kembali. Kenapa wajah gadis itu berada di ruang matanya? Gadis itu tidak pernah penting dalam hidup Tuan Malek. Ya, Mawar cantik tetapi gadis itu hanya sekdar satu persinggahan di kala dia kesunyian tanpa teman. “Abang…” “Keluar!” Puan Halida hanya menurut. Pintu bilik itu ditutup perlahan-lahan. Jika dia melawan kata hanya pertelingkahan berlaku antara mereka. Dia perlu mengalah. TUAN MALEK menggelisah. Wajah perempuan-perempuan yang dilihatnya akan terpapar wajah Mawar di situ. Apa yang tidak kena pada dia? Tuan Malek mengaturkan langkah panjang masuk ke bilik pejabatnya. Tuan Malek melurut rambutnya ke belakang. Tali lehernya dilonggarkan. Dia menghenyak punggung pada kerusi. Komuter riba segera dihidupkan. “Aku tahu kau rindukan aku…” Suara halus Mawar seperti berbisik-bisik manja di corong telinga. Tok! Tok! Pintu bilik pejabat itu diketuk. “Masuk!” Gadis yang menjadi setiausahanya itu meletakkan fail di dada meja. Tuan Malek mengangkat kepala. Wajah Mawar yang sedang tersenyum manis kelihatan di depan mata Tuan Malek lagi. Tuan Malek mengalih pandang. “Keluar!” “Tapi Tuan Malek, dokumen ni kena sain segera.” “Keluar!” Tuan Malek meninggikan suara. Gadis itu meninggalkan fail terbabit terus di meja Tuan Malek. Dia keluar tanpa banyak bicara. Tuan Malek mencapai fail tersebut lalu menurunkan tandatangannya. Dia menutup fail tersebut lalu ditolak ke tepi. Dia mula merasakan seperti ada tangan memeluk tubuhnya dari belakang. Jemari halus bermain di wajahnya. Dia jadi asyik. Namun, hanya seketika. Dia bangkit dan memusingkan tubuhnya. Tiada seiapa. Jantungnya berdengup laju. MAWAR menghayunkan buaian. Dia yakin bayangan wajahnya sedang menghantui fikiran Tuan Malek. Mawar ketawa kecil. Lembaga yang bersamanya itu bertenggek di dahan pokok. Dia seronok mendampingi gadis itu. Dia sukakan warna hitam hitam yang makin menebal tumbuh di hati Mawar. “Selepas ini, aku tidak perlukan perlindungan dari sesiapa lagi.” “Kau angkuh sekali. Kau lupa yang aku melindungi kau. Tnapa aku usaha kau itu tidak berjaya.” “Benar, tanpa kau apa yang aku ingin lakukan itu tidak berjaya.” Mawar terus menghayunkan buaiannya. “Mawar,” Zakuan muncul di belakang adiknya itu. Dia mulai perasan yang Mawar sering kelihatan bercakap sendirian kebelakangan ini. Mawar akan ketawa dan senyum sendirian. Mawar menoleh. Dia melompat turun dari buaian. Dia memaut lengan abangnya itu. “Lepas ini, abang tak perlu bersusah hati pasal Mawar lagi. Mawar sudah boleh jaga diri Mawar.” “Mawar, abang tetap bimbangkan Mawar. Abang kan dah janji akan lindungi Mawar selagi abang bernafas.” Mawar senyum. Dia melekapkan kedua telapak tangannya pada muka Zakuan. Dia suka memandang mata jernih Zakkuan. Mata itu menenangkan hatinya. “Mawar dah ada kawan yang akan lindungi Mawar.” “Kawan? Siapa kawan Mawar tu?” Zakuan bertanya. Setahu Zakuan Mawar tidak mempunyai kawan-kawan. Jauh sekali teman lelaki. “Itu… atas dahan pokok tu.” Mawar menunjuk. Air muka Zakuan berubah. Tiada sesiapa yang dia lihat pada dahan pokok itu. Mawar cuba mempernmainkan diakah? “Mawar, jangan buat perangai lagi, boleh?” “Abang tak percaya pada Mawar? Abang tak nampak ya kawan Mawar tu.” Mawar menyilangkan tangan. Zakuan menarik Mawar ke dalam pelukannya. Air matanya bertakung. Dia faham akan perasaan Mawar. Dia tidak salahkan Mawar. Bukan itu yang Mawar pinta. DIA cukup berhati-hati turun dari jendela biliknya tanpa sebarang tali menjadi bantuannya. Malam ini dia perlu melakukan sesuatu. Kerja itu hanya dilakukan waktu malam begini. Dia meneruskan perjalanan ke destinasi yang dituju. Tanah perkuburan dari banglo mewah itu hanya memakan masa 20 minit. Tiada langsung peasaan getarnya ketika berada di tanah perkuburan itu waktu tengah malam begini. Khabar tentang seorang anak dara mati diunuh dengan kejam yang baru dikebumikan siang tadi memudahkan kerjanya. Dia menarik cangkul. “Kau betul-betul hati kering. Bagus. Aku sukakan kau.” Lembaga yang sering mengikutnya itu muncul di depan mata. Lolongan anjing tidak diendahkan. Mawar menghayunkan cangkul. Tanah kubur yang masih merah itu dikorek. Dia terus mengorek sehingga cangkul menyentuh pada papan keranda. Dia turun ke dalam lubang kubur. Papan yang menutup jazad di dalamnya mual ditarik satu-persatu. Dia bercekak pinggang sebaik melihat jasad di dalamnya. Lembaga itu hanya menjadi pemerhati. Mawar naik semula ke atas mengambil beg galasnya. Guruh mual bergema di kaki langit. Mawar mengeluarkan segala barang yang dibawa. Mawar membuka ikatan pada bungut jasad gadis itu. Dia menghidupkan lilin. Api lilin dihalakan pada dagu jasad itu.


Share this novel

Rate this story


Comments

Lady emryz
2018-08-28 

menakutkan...napa semua mati.. iblis yg menang.....hihi(jgn marah)

Davinda Vinda
2018-06-11 

jln cerita ni sgt best

DON'T ASK

65 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience