Hanya Dirimu...

Lia_

Romance Series 2104
0
(0 ratings)

Synopsis

"Woi Tiara! Bangunlah, kau ni lambat betul bangun tido". Terkejut Tiara apabila terdengar adiknya menjerit berdekatan dengan telinganya. ". Apa kau ni kacau aku tido je, pergilah turun bawah balik jangan kacau aku", dengan suara yang masih lemah. Tanpa melengahkan masa, adiknya pun bergegas turun ke bawah dengan hati yang masih marah. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9 lalu jam loceng yang dimiliki oleh Tiara pun berdering."Kringg!!" disebabkan jam itu berdering dengan kuat, tanpa disedarinya dia pun terjatuh ke bawah katil kerana terlalu terkejut. "Aduh, sakitnya belakang aku kurang ajar betul jam tu" keluhnya kerana menahan kesakitan. Sesudah itu, dia pun bangun dan terus turun ke bawah dengan rambutnya yang masih serabai sambil berjalan seperti orang mengandung. Adiknya yang sedang berada di ruang tamu, apabil melihat keadaan kakaknya itu dia pun ketawa. "Hahaha, kenapa dengan kau kak sakit pinggang ke kau mengandung? Haha." Tetapi dia hanya membuat tidak peduli sahaja. Aduh, sakitnya belakang aku ni! Keluh Tiara disebabkan kecuaiannya. Tanpa disedari Tiara, jam sudah menunjukkan pukul 12: 30 dengan kesakitan yang masih ditanggungnya. Tiara lalu bangun dan berlari ke arah tangga yang berdekatan dengan dapur. Enjin kereta dihidupkan. Kereta yang sedia parkir di halaman rumah telah meninggalkan kawasan perkarangan rumah. Tiara memandu dengan laju apabila jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 1: 10 dan dalam masa beberapa minit lagi kelas akan bermula. Sampai sahaja, di Universiti Pulau Pinang Malaysia dengan bergegasnya Tiara keluar dari kereta dan berlari untuk masuk ke kelas. Dup! Aduh, apa lagi ni! Rungut Tiara apabila terasa dirinya dilanggar oleh seseorang. Kepala yang masih berasa sakit, diangkutnya ke atas untuk melihat orang yang melanggarnya. Tiara terkejut apabila melihat satu wajah yang kini sedang berada dihadapannya dengan perasaan yang sangat marah."Hoi, kau ni buta ke apa ha, tak nampak ke aku nak cepat ni". Marah betul Tiara apabila melihat wajah yang sangat menyakitinya sekarang. Tanpa mengambil peduli, Tiara berlalu pergi meninggalkan pemuda tersebut dan sengaja melanggar dengan kasar lengannya. Tiara berasa amat marah dengan apa yang telah berlaku sebentar tadi dan lebih menyakiti hatinya lagi apabila pemuda itu adalah classmatenya.


Share this novel

Rate this story


Comments

zarazara79
2020-04-02 

update lg plzzz

Lia_

4 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience