Sweet Submissive.

DHIA AMIRA.

Drama Series 0
0
(0 ratings)

Synopsis

"Tatap mata aku, Dahlia. Kau fikir kau boleh lari daripada aku?" ​Di mata dunia, Zayn Iskandar ialah tokoh yang sukar digugat dan sentiasa memegang kendali. Namun di hadapan Dahlia, setiap senyuman tenangnya bertukar menjadi jerat manipulasi yang paling halus. ​"Saya tak pernah lari. Saya cuma takut. Cara Encik Zayn layan saya ini bukan cinta!" ​Luahan terketar-ketar Dahlia tenggelam begitu sahaja dalam pandangan mata Zayn. Kenaifan gadis itu menjadi senjata paling tajam buat Zayn. Melalui kata-kata manis beracun dan perhatian yang melumpuhkan, Dahlia terperangkap rapat dalam jaring tanpa sedar. Dia menyerahkan jiwa serta raganya secara sukarela tanpa tahu dia sedang dikawal sepenuhnya. ​Zayn terlalu leka menikmati kemenangannya. Dia tidak sedar bahawa di sebalik dinding korporat yang megah, ada musuh dalam selimut sedang memainkan permainannya sendiri. ​"Zayn ingat dia yang pegang budak tu. Sebenarnya dia yang kita petik jari. Budak tu terlalu mudah dibentuk dan Zayn pula terlalu yakin dia yang mengawal keadaan." ​Bisikan orang kepercayaan Zayn itu menjadi permulaan langkah untuk menjatuhkan empayar Zayn dari dalam. ​Apabila Dahlia mula menyedari bayang-bayang penipuan di sekeliling mereka, dia cuba menjadi penyelamat buat lelaki yang menyangka dirinya pemegang takhta. ​"Tolong Encik Zayn, saya merayu. Jangan percaya mereka! Mereka cuma guna Encik!" Dahlia. ​"Kau cuma budak polos yang tak tahu apa-apa Dahlia. Tugas kau cuma satu. Duduk diam, ikut cakap aku dan tunggu aku di atas katil." Zayn. ​Dengan ego yang melangit, Zayn melangkah yakin ke arah perangkap halus yang dicipta oleh orang-orang kanannya sendiri. ​Sampai bila Dahlia harus menjadi boneka yang patuh pada bisikan racun Zayn sedangkan lelaki yang mengawalnya itu sebenarnya sedang ditipu hidup-hidup?

View All Chapters (Total 1 Chapter)
Update 24 September 2026


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

DHIA AMIRA.

1991 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience