Antara Hanis dan Linda, mereka berdua tidak punya kekurangan sebagai manusia biasa. Ilham pula, tidak mempunyai alasan untuk tidak mencintai. Hanis dan Linda ingin dicintai dan Ilham sarat dengan cinta yang mereka dambakan. Namun, gadis berdua itu tidak sedar, Ilham tidak pernah memilih untuk mencintai dan menyayangi, kerana dia itu sendirinya adalah cerminan cinta- pada mereka di sekelilingnya, musuh atau teman, individu atau masyarakat dan tua atau muda. Tetapi, mengapakah Hanis dan Linda tidak bisa memahami? Atas dorongan hasrat dan perasaan yang terlalu menuntut cinta 'eksklusif' itu, lalu mereka cuba menyelusuri kembara kehidupan seorang lelaki sehingga mereka ketemui jejak-jejak dan lakaran-lakaran cinta penuh cerita di sebuah kota merah di negara asing.
Update 06 December 2024
2021-08-01 1 Replies
Best... ????????
2021-08-01 1 Replies
Donated 200 nCoins
2021-08-01
Donated 200 nCoins