pontianak harum sundal malam 1

muhdi3117

Horror & Thriller Completed 546
2.7
(3 ratings)

Synopsis

1947, kampung paku laris kampung paku laris terkenal dengan primadona meriam, penari gamelan yang telah menawan hati ramai peminat di pasar dan di istana. harum bunga sundal malam pembuka tarian meriam serta kejelitaan mengasyikkan. sesekali apabila gerak meriam bersatu dengan rentak, tubuh meriam menjadi ringan dan terapung di atas canang. saudagar marsani dan sahabat baiknya danial di antara mereka yang berebut-rebut mencuri hati meriam. tetapi meriam memilih danial sebagai suaminya. marsani yang lebih tampan terguris dan menyimpan perasaan cemburu. teman meriam, laila dan pembantunya yang separuh pekak, terjumpa meriam yang mengandung anak sulongnya berlumuran darah tertikam di perutnya. meriam tidak dapat diselamatkan. kapal danial pula karam di laut dan membawa maut. marsani amat kecewa dan patah hati di atas pembunuhan meriam . kejadian aneh mula berlaku di kampung paku laris. ramai yang terbunuh terutamanya kaum keluarga dan orang- orang mersani.. orang kampung menuduh meriam mengamalkan ilmu hitam dan kembali menjadi pontianak. 2003 di sebalik rahsia tersembunyi beban dosa menghantui marsani yang "hidup dalam kematian ":hingga kini. dalam ketakutan, marsani menghadapi hari tuanya menunggu ketibaan meriam kerana percaya meriam akan menghapuskan keturunannya. marsani melawan usia tuanya melalui rawatan ozon dan pembedahan plastik. asmadi yang agak sewel sudah biasa dengan perangai bapa saudaranya. kemuculan maria seiras meriam dan bekerja di cafe; ana menjadi obsesi pada marsani. marsani melihat maria sebagai meriam dan percaya cucunya norman bersama isterinya ana akan menjadi mangsa dendam meriam. beberapa peristiwa mempengaruhi hidup marsani, maria, norman dan ana setelah terjumpanya kubur di tapak pembinaan tempat norman bekerja. lembaga yang menakutkan telah kelihatan berkeliaran di paku laris. maria semakin hari semakin merasakan dirinya berubah dan dia bukan lagi maria. dia menjadi takut kerana dituduh pontianak oleh marsani setelah melihat tanda ditengkoknya. bau haruman bunga sundal malam dan barang lama peninggalan marsani di rumah ana mengakibatkan perkahwinan norman dan ana teracam. marsani dan asmadi cuba memberi amaran kepada norman dan ana bahawa maria adalah meriam yang kembali menjadi pontianak untuk membalas dendam tetapi tidak diterima oleh mereka. marsani akhirnya memaksa maria berhadapan dengannya bertarung bagi kali terakhir. siapa?


Share this novel

Rate this story


Comments

NINA
2020-10-01 

NINA

muhdi3117

2 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience