Dia mahu Nadiya bahagia. Dia tahu kakaknya itu memang sudah benar-benar jatuh hati dengan Ariz. Dia tahu bagaimana sikap kakaknya itu. Pertama kali Nadiya meminati seorang lelaki dan Nisa tahu kalau Nadiya tidak main-main. Nadiya bukan jenis yang suka bergaul dengan lelaki. Pergaulannya dengan lelaki amat terbatas. Kalau ada mana-mana lelaki yang cuba mendekati, awal-awal lagi ditolak mentah-mentah oleh Nadiya. Sudah sering budak-budak lelaki di sekolah mahupun di universiti dahulu yang makan hati dengan penolakan Nadiya. Kini bila Nadiya sudah jatuh cinta, dia berharap kakanya itu tidak akan patah hati. Tapi tangisan Nadiya tika ini amat meruntun perasaannya. Cinta pertama, pasti pedihnya hanya Tuhan yang tahu.
View All Chapters (Total 7 Chapter)
Update 07 March 2018
2019-08-29
Best Citer ni. Tahniah kepada penulis. Teruskan berkarya.Sorry ganggu. Nak promote jap je. Jemput baca novel saya. #TERIMA HATI INI ??
2018-05-21
best.
2018-03-26
besttt