Mulanya, aku paksa jin itu keluar sendiri. Tapi jin itu tidak mahu dan masih berkeras. Bila aku ceritakan asal usulnya, jin itu mula berlembut sedikit dan mula takut. Kemudian jin itu bersuara. "Disebabkan engkau tahu asal usul engkau dan kau juga tahu asal usul aku, aku tak boleh buat apa-apa pada engkau." "Kalau dah tahu kenapa tak berundur, engkau keluar!" pekik aku. "Aku tak boleh keluar sebab aku dah berjanji dengan tuan aku," jawab jin tadi.
Update 06 December 2024
2020-10-18
hu seram
2019-11-03
Sangat menarik
2018-11-15
NINA