Dilarang Senyum

Dya Rukey

Romance Series 4997
5
(38 ratings)

Synopsis

Satu kecelakaan mempertemukan mereka. Seorang kepala batu, seorang lagi berhati batu. “Sakitlah!!!” jerit Maira. “Diam!!! Sebelum mulut kau aku jahit!” ugut Zack. Dia terus menyeret paksa gadis itu mengikut langkahnya. Emir Zack. Lelaki yang menyimpan seribu satu rahsia. Dia lelaki berbahaya yang perlu dijauhi. Rambutnya sedikit panjang dan diikat satu. Kulitnya putih pucat. Pandangannya tajam menikam. Diangkat sebagai orang kanan Alex membuatnya menjadi semakin kejam dan dingin. Namun, pertemuannya dengan gadis gedik seperti Maira telah mengubah segalanya. Maira Jade. Pelakon baru dengan populariti yang sedang mencanak naik. Pertemuannya dengan Zack membuatkan dia mengira lelaki itu bersama konco-konconya berniat untuk menculiknya. Lelaki itu sentiasa melayannya dengan buruk. Masing-masing sentiasa bermasam muka dan menjeling benci apabila berselisih. “Jadi, you sanggup membunuh? You akan bunuh I sebab I dah tahu semuanya?” soalan itu terkeluar dari mulut Maira. Matanya bergenang. Dia berharap lelaki itu menyangkal soalan itu. Pistol milik lelaki itu mula berlegar-legar di wajahnya yang sudah basah dengan air mata. “Sekali aku tarik picu ni, maka, bye-bye lah kau Maira. Kalau aku nak bunuh kau, dari awal lagi aku dah buat. Tapi, sebelum aku bunuh kau, aku rogol kau dulu. Lepastu, baru aku campak mayat kau dalam sungai biar buaya makan.” kata Zack serius namun, dia tetap menayangkan sebaris gigi putihnya menandakan itu hanyalah satu gurauan. Maira sudah hampir pengsan. Dia tak nak mati. Dosanya terlalu banyak yang belum diampunkan. Kontrak drama dan filem terbarunya masih berlambak belum selesai. Tidak!!! Aku nak balik! Sebelumnya, dia lelaki yang tidak takutkan apa-apa. Dia bertahan hingga ke tahap itu kerana pengorbanannya sendiri. Namun, sejak Maira hadir, dia jadi lemah. Takut untuk kehilangan gadis itu. Gadis itu adalah harta paling berharganya sekarang dan selamanya. “Maira milik aku….” desis Zack.


Share this novel

Rate this story


Comments

Miss Sweetie
2022-01-31  1 Replies

kak Fidya..nak tanya skit boleh x??..novel ni ada dlm bentuk fizikal tak..

Ezat SahaRa
2022-01-31  1 Replies

Hai sis.. Kalo nak dptkan mcmnana?

Miss Sweetie
2022-01-31  1 Replies

best..tahniah kak..baca sinopsis pon best

Dya Rukey

90 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience